01 August 2011

Diari Ramadhan 1432H


Entry kali ni berkisar tentang perjalanan hidup aku sepanjang Ramadhan. Lebih kurang macam diari harian la. Diari ni akan diselitkan dengan gambar yang ada kena-mengena dengan perjalanan sepanjang berpuasa. 1 hari akan ada 1 gambar.
Insyallah. . .


# Day 1

Kolam belakang rumah
Tak tau apa significant gambar ni dgn Ramadhan. Tapi yang pentingnya gambar ni diambil di kolam belakang rumah kat kg. Saja nak bgtau yang 1 Ramadhan disambut bersama keluarga.








# Day 2


The Star Northern Hub, Bayan Lepas, Penang
Apa kena-mengena aku dengan The Star ? Aku bukan keje kat sini hatta agen pengiklanan The Star sekalipun. Hari ni aku pegi register untuk masuk Starwalk. Tahun ni dah masuk tahun ketiga aku masuk event ni. Di samping buleh beriadah & menyihatkan badan, kita buleh jugak menang lucky draw. Kepada yang berminat nak join, sila KLIK DI SINI






# Day 3

Pasar Ramadhan Bandar Perda
Hari ke 3 Ramadhan: Hari ni aku pegi Pasar Ramadhan Bandar Perda. Aku dok kat pulau, kerja pun kat pulau. So, kenapa aku sanggup mai seberang nak cari pasar ramadhan ? 
  







 # Day 4


Poster Pemanduan Selamat
Tema untuk hari ke 4 Ramadhan adalah poster berunsur nasihat. Kepada penunggang motosikal, diharap dapat berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. Semoga dapat berbuka puasa & beraya bersama keluarga. Aku ni tak pandai melukis, so lukis gmbr org lidi jer la. Harap-harap mesej tu dapat disampaikan.


 
 
 
 
 
# Day 5

Zakat Fitrah 1432H
Hari ke-5 Ramadhan aku dah tunaikan kewajipan membayar Zakat Fitrah. Biar bayar awal, senang tak payah pikir nak bayar last minit. Harga Zakat Fitrah bagi negeri Pulau Pinang untuk tahun ni ditetapkan sebanyak RM7. Untuk info lain berkaitan Zakat, sila KLIK DI SINI.







# Day 6

 
Emerald Puteri Hotel
Hari ni aku & ofismate berbuka puasa di Emerald Puteri Hotel, Sungai Petani. Saja nak cari kelainan berbuka di Sungai Petani. Memang tiap-tiap tahun aku organize event majlis berbuka puasa ni. Tahun ni biar grand sikit, buat kat hotel. Harga pun murah, makan pun sedap. Kepada mereka yang berminat, jemputlah berbuka puasa di sini yer. . .







# Day 7

Progress penurunan berat badan
Hari ni dah hari ke 7 berpuasa. Kira macam 1st Quarter perjalanan sebulan berpuasa. Kadang-kadang orang amik kesempatan berpuasa untuk menurunkan berat badan. Aku pun sama jugak. Sekarang berat badan turun lebih kurang 3 kilo. Tapi tak tau la kalo timbang lepas berbuka nnti, takut naik balik :-)




# Day 8

Untuk tujuan ilustrasi sahaja
 Apa kena-mengena hari ke 8 puasa dengan pencuci tandas ? Hari ni aku jadi pengunjung setia tandas. Tak tau apa yang aku berbuka semalam sampai buat aku sakit perut. Badan lemah sampai buat kerja pun tak larat. Tapi aku tetap teruskan berpuasa jugak. Harap-harap esok dah ok. . .










# Day 9

 
Karipap
Hari ni lega perut dah tak buat hal. Tapi hari ni perut minta untuk diisi dengan karipap. So, petang tadi aku dengan bersusah payah pegi kat pasar Ramadhan Tanjung Tokong mencari karipap. Inilah hasil misi pengkaripapan aku hari ni.






 
 
 
# Day 10


Wordless Wednesday: Let the picture talk


# Day 11

 
Meeting yang boring
Hari ke 11 Ramadhan dipenuhi dengan aktiviti meeting di ofis. Start dari masuk kerja sampai la balik, dok memerap dalam bilik meeting jer. Aku ni pun dah naik bosan & mengantuk. Yang herannya, orang yang bercakap dalam meeting tu tak kering tekak ker bercakap tak berenti ? Ni la hasil minit mesyuarat aku hari ni.
 "Saya Yang Menurut Perintah"






# Day 12


Puncak Mutiara Cafe
Hari ni aku guna henpon untuk snap gambar Diari Ramadhan. Berbuka puasa tadi aku makan di Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet, Bukit Mertajam. Untuk bulan puasa ni, diorang ada sediakan menu buffet Ramadhan yg berharga RM50 sorang, tapi hari ni aku makan ala-carte jer. Kat sini ada jual macam-macam makanan eksotik macam daging arnab, ostrich, rusa dan lain-lain lagi. Kalau nak merasa makanan yang lain dari yang lain, jemput la datang yer...

 
 
 
 
# Day 13


Parit kat kampung
Memandangkan dah 2 hari aku tak update blog untuk entry Diari Ramadhan, maka hari ni aku update untuk 2 hari sekaligus. Hari Sabtu (13 Ramadhan) aku balik kampung untuk berbuka puasa bersama keluarga. Sementara menunggu waktu berbuka, sempat jugak la shoot gambar menarik di sekitar kampung. Gambar ni ialah gambar parit yang mengalirkan air untuk sawah padi, tapi parit ni dah kering sebab sekarang musim menuai. Insyallah orang kampung aku akan dapat duit hasil padi sebelum raya. So, kalau siapa-siapa nak duit raya banyak, meh datang beraya kat kampung aku.




# Day 14


 
Sharing is Caring
Hari ni aku dijemput untuk iftar di rumah opismate. Menu utama ialah ketam masak lemak. Kitorang pun sama-sama la mendermakan makanan untuk berbuka sama-sama. Kira macam pot luck la jugak. Best jugak sekali sekala buat event macam ni. Pesanan kepada tuan rumah, next taim jemput lebih ramai lagi. Lagi ramai, lagi meriah. . .






 
# Day 15


See thru my eyes
Hari Isnin merupakan hari permulaan bagi minggu bekerja. Macam biasa, hari Isnin selalu dikaitkan dengan Monday Blues. Tapi hari ni aku tak sempat nak meMonday Blueskan diri. Sibuk dengan kerja dan semua yang dirancang tak menjadi. Harap bulan puasa ni boleh mendidik kita untuk jadi lebih penyabar. Amin...






 
# Day 16

Bulan Kemerdekaan
Dalam kita dok seronok berpuasa & fikir tentang raya, kita jangan pulak lupa yang bulan ni jugak ialah Bulan Kemerdekaan. Tunjukkan semangat patriotik anda dengan mengibarkan Jalur Gemilang. Pesanan ringkas untuk hari ni.










 
# Day 17


Nuzul Quran | Wordless Wednesday Mode



# Day 18


Gadget for beginner
Hari ni hari menghabiskan duit bonus. Bila dah minat bab fotografi ni, tak raya pun takpe asalkan dapat barang yang dihajati. Dah 6 bulan beli DSLR baru dapat beli bnda alah ni. Lepas ni banyak la teknik fotografi yang boleh dipelajari.


 







 
# Day 19

Perpaduan Ummah
Sempena bulan Ramdhan yang mulia ini, diharap umat Islam dapat bersatu dalam apa jua keadaan. Tak kira la anda pakai songkok hitam atau kopiah putih, kita tetap berpegang pada yang 1: Allah Yang Maha Esa. Pesanan murni untuk hari ke 19 Ramadhan.







# Day 20

10 malam terakhir Ramadhan
Sedar tak sedar dah 20 hari kita berpuasa. Perjalanan Ramadhan tinggal lebih kurang 10 hari lagi. 10 malam terakhir selalunya dikaitkan dengan malam Lailatul Qadar. Marilah kita sama-sama meningkatkan amal ibadat di 10 malam terakhir Ramadhan ini. Insyallah...







# Day 21


Model Ramadhan Sunset
Hari ni aku dok join outing sunset dan iftar geng Penang Flickr. Ni first time aku join event cmni. Best gak dapat kenal kawan-kawan baru & dapat berkongsi idea. Diharap event ni dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kawan-kawan di group Penang Flickr.

Nota: Gambar model ini diambil tanpa kebenaran.

 




# Day 22

Survival card
Hari ni sebenarnya aku dah kekeringan idea untuk post kat Diari Ramadhan. Tapi tadi nampak kad-kad yang berlambak dalam wallet & rasa boleh dijadikan tema untuk hari ni. "Kad-kad Dalam Kehidupan Seharian". Kad-kad ni la jadi penyelamat aku di kala time susah, nak shopping, nak berhutang & nak redeem point. Maybe tak cukup lagi ni, nak kena tambah lagi :-)







# Day 23

Ops Sikap 24
Hari ni 23 Ogos merupakan hari pertama Ops Sikap 24. So, untuk Diari Ramadhan hari ni, aku amik tema Pemanduan Selamat. Kepada mereka yang nak pulang berhari raya di kampung, diharap anda berhati-hati di jalanraya. Tak kira la samada anda naik moto Ducati atau drive Mini Cooper, ingatlah orang yang tersayang.





 
# Day 24

Wordless Wednesday Mode




# Day 25

 
Online or Offline ?
Minggu ni mesti ramai yang dapat e-card Raya, tak kira la yang hantar melalui email atau yang ditag dalam Facebook. Minggu depan pulak akan ada trend menghantar ucapan raya melalui sms/mms, sampai jem la line hp time tu. Teknologi semakin canggih sampai kita lupa cara tradisional menghantar kad raya melalui pos.





 
# Day 26

Duit Raya
Hari ni hari untuk aku memfaraidkan duit raya. Duit raya yang aku nak bagi ni ada macam-macam kaler dan pemberian warna duit ni bergantung pada jenis orang yang mintak. Nasib la kalau siapa-siapa yang dapat duit besi tu...








# Day 27


Hujan rahmat
Hari ni dah masuk hari ke 3 hujan turun tak berenti kat Penang dan kebanyakan kawasan di bahagian utara semenanjung. Hujan rahmat di bulan Ramadhan...









# Day 28


Ketupat & rendang ayam
Sedar tak sedar dah tinggal 2 hari jer lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Family aku pun dok busy membuat persiapan raya. Ketupat dah disediakan. Tapi rendang ayamnya mana ???



# Day 29


Kerja di ambang raya
Hari ni ialah hari terakhir Ramadhan. Esok 1 Syawal, seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.  Gambar ini membawa maksud yang aku sedang bekerja di hari ambang Hari Raya. Kerja pun dah takde mood, asyik dok pikir pasal raya jer. Dengan ini juga bermakna Diari Ramdhan aku untuk tahun ni menutup tirainya. Insyallah berjumpa lagi tahun depan.



16 comments:

  1. wah ada catatan dari 1st ramadhan.
    biasanya camtu la, lepas buka nnt naik balik.

    ReplyDelete
  2. Saja-saja nak buat Diari Ramadhan... Sy dok join event Diari Ramadhan group Penang Flickr...

    ReplyDelete
  3. teruskan sampai hari ke 30 bro..best!

    ReplyDelete
  4. Insyallah. . . Hari-hari dok fikirkan idea untuk diupdate dalam entry Diari Ramadhan.

    ReplyDelete
  5. teruskan usaha... kami manyokong anda

    ReplyDelete
  6. waow! tak pernah miss lagi? bagus2 =)

    ReplyDelete
  7. terbaekk laa diary ramadhan .. hehe :)

    ReplyDelete
  8. ...model sunset adalah ismail mamat...haha...btui dak...btui dak...

    ReplyDelete
  9. lajunya update.. esok baru nak update hari ke-21

    ReplyDelete
  10. Haah... model sunset Ramadhan Ismail Mamat. Nampak dia pose dah cun, siap ada background sunset, so amik gmbr ni la untuk diari Ramadhan.

    ReplyDelete
  11. Thanks Luke... Sebulan punya assignment abis hari ni :-)

    ReplyDelete