01 September 2011

Hari Raya Aidilfitri 2011


1 Syawal tahun ni disambut pada 30 Ogos 2011. So untuk entry kali ni aku nak ceritakan pasal sambutan raya aku dan family kat kampung. Disebabkan aku tak berapa pandai nak menulis, seperti biasa aku akan menulis dengan describe gambar yang diambil sepanjang beraya.



Model Raya

Ni la aktiviti aku pada malam raya. Dok buat photoshoot jadi model untuk bagi ucapan raya kat kawan-kawan dalam Facebook. Payah gak nak setup efek asap kat belakang tu. Abis surat khabar & sabut basah digunakan bagi menjayakan kesan khas tersebut.


Mercun

Hari raya tak sah kalau takde mercun. Kat kampung aku ni mercun senang nak dapat. Diorang siap boleh buat delivery lagi hantar kat rumah. Cuma sediakan duit jer. Yg ni jer gambar mercun yang dapat aku snap.


Keluarga Encik Jamaludin
Ni lagi satu aktiviti wajib setiap kali raya: Family Potrait. Tahun lepas tema kaler baju raya ialah kelabu. Warna hijau pulak dipilih sebagai tema untuk tahun ni. Tapi ade jugak yang pilih kaler ungu. Maybe diorang ni tak suka kaler ijau kot.

Disclaimer: Pemilihan kaler baju raya ni takde kena-mengena dengan sebarang parti politik ataupun pilihanraya yang bakal menjelang.


Keluarga Allahyarham Hj Husin

Tahun ni jugak pastinya aku merasakan raya yang tak semeriah dulu. Pemergian arwah atuk aku memang dirasai. Mereka-mereka yang bergambar ni terdiri dari nenek, ibu saudara & sepupu. Tu pun ramai lagi yang tak masuk dalam gambar.


Menziarah pusara

Bagi memperingati yang telah tiada, aku menziarahi pusara arwah atuk. Hanya Al-Fatihah yang mampu disedekahkan. Al-Fatihah...


Ziarah rumah ke rumah

Dah memang jadi tradisi orang kampung lepas semayang raya diorang akan menziarah dari rumah ke rumah. Gambar ni diambil kat rumah arwah atuk. Menu yang disediakan ialah mee rebus. Letih gak la melayan tetamu. Tapi apa yang penting, aktiviti ni dapat mengeratkan hubungan di antara penduduk kampung.


Duit raya

Setiap kali raya, yang seronok mesti la budak-budak sebab dapat duit raya. Bagi mereka yang dah bekerja, termasuk la aku, aktiviti bagi duit raya ni wajib dilakukan. Bukannya selalu nak bersedekah kat budak-budak. Setahun sekali jer.

Oklah, tu jer coretan raya aku untuk kali ni. Kalau rajin aku tulis lagi. Banyak lagi gambar raya, tapi tak sempat nak post semua.

Sekian


No comments:

Post a Comment