Hari Sabtu lepas, 31/03/2012 aku join event Nikon Club Photosearch. Photosearch ni macam ala-ala treasure hunt tapi dalam versi menjawab teka-teki dan shoot gambar. Semua ada 35 soalan yang perlu dijawab & 1 soalan perlu ada 1 gambar. Peserta dibahagikan kepada 3 orang satu kumpulan dan perlu selesaikan semua teka-teki tu dalam tempoh 3 jam. Jom kita tengok gambar masa event tu. Ni pun tak post semua gambar, mana yang rasa best jer aku post...
|
Tempat event: Banana Boutique Hotel |
|
Taklimat sebelum pelepasan peserta |
|
Group photo: Picture courtesy from Albert Yap |
|
Antara soalan: Nikon pernah berpejabat di sini: Plaza MWE ??? |
|
Pesta Buah: Carnorvan Street |
|
Who spell Karthigeyini ? |
|
Eng Chuan Tong Tan Kongsi |
|
Lorong Ikan |
|
I AM NIKON |
|
Teka teki pasal kunci |
|
Kedai jual basikal |
|
Georgetown White Coffee |
Group aku sampai ke checkpoint terakhir dalam masa kurang 3 jam. Jenuh gak la berlari keliling Georgetown sebab nak jawab teka-teki yang diberi. Tak semua soalan dapat kitorang jawab, yang penting dapat habiskan dalam tempoh kurang 3 jam. Apa-apa pun group aku antara yang terbaik, masing-masing dok bagi idea macamana nak jawab soalan yang diberi.
|
Ahli Kumpulan 3: Aku, Anuar Helmi & Rosnizam Othman
(Photo courtesy Albert Yap) |
|
Ada makan-makan: Terima kasih kepada Nikon Club |
Event photosearch tu habis dalam pukul 2 petang. Masing-masing dah letih berjalan tengah panas keliling Georgetown. Bagi aku ni pengalaman yang menarik sebab berpeluang explore Georgetown dengan berjalan kaki. Rupa-rupanya banyak tempat menarik yang aku baru tau lepas join event ni.
Next event, pihak Nikon Club bercadang nak buat aktiviti macam ni jugak tapi lebih mencabar, dengar cerita siap kena naik bas, macam citer Amazing Race. Apa-apa pun aku tunggu jer event yang bakal diannounce oleh pihak Nikon Club di masa akan datang.
Sekian saja laporan aku untuk kali ni...
aktif gile noooooo....kalah den !
ReplyDeletesaje jer join event hujung minggu. tak tau nak buat apa...
ReplyDeleteDah nak mai Aloq Staq dah 2 Feb 2013...
ReplyDelete