31 July 2011

Tanjung Dawai

Tanjung Dawai terletak dalam daerah Sungai Petani. Kalau sebut jer Tanjung Dawai, ramai yang akan ingat tentang kedai-kedai yang menjual produk hasil laut. Tapi, tahukah korang yang korang jugak buleh pegi ke Pantai Merdeka dari Tanjung Dawai ? (Aku yang baru tau sbnrnya. . . )

Dari jeti Tanjung Dawai, korang buleh naik bot dengan tambang RM4 pegi balik. Jarak perjalanan dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka cuma 5 hingga 10 minit, bergantung pada tahap ke'usang'an bot yang korang naik. Pesanan kepada mereka yang pakai kain atau kasut tumit tinggi atau kasut sukan, anda tidak digalakkan pegi ke Pantai Merdeka dengan cara naik bot sebab kat Pantai Merdeka takde jeti. Bot akan berlabuh tepi pantai dan korang kena panjat bot tersebut. Yang pakai kain kena ada possibility kain terselak dan yang pakai kasut sukan, maybe kasut basah time nak panjat atas bot.

Mari kita saksikan gambar-gambar menarik di Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka...


Arked menjual hasil laut

Umat manusia yang sibuk membeli-belah

Produk hasil laut yang dijual

Produk hasil laut yang dijual

Jeti nelayan

Jeti penumpang

Perjalanan ke Pantai Merdeka

Bot penumpang Tg Dawai - Pantai Merdeka

Penumpang ke Tg Dawai

Pantai Merdeka

24 July 2011

Pulau Aman

Pulau Aman merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di dalam daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Untuk berulang alik ke pulau ini, terdapat pengkalan bot yang beroperasi setiap hari di Jeti Tanjung Musang, Batu Kawan. Pulau Aman merupakan sebuah perkampungan nelayan. Sesuai sebagai tempat perkelahan dan memancing serta mempunyai tempat-tempat yang bersejarah. Perjalanan dengan bot mengambil masa 15 minit dengan tambang pergi balik sebanyak RM6. Untuk makluman, perkhidmatan bot terakhir tamat pada jam 6 petang.

Kegiatan ekonomi utama di Pulau Aman adalah nelayan. Namun begitu penduduk di pulau tersebut juga mengusahakan chalet untuk kemudahan para pengunjung. Terdapat beberapa tempat menarik dan bersejarah yang mungkin boleh dilawati di Pulau Aman. Antaranya ialah Telaga Emas, Batu Perompak dan Pulau Gedong. 

Rata-rata pengunjung yang datang ke Pulau Aman adalah semata-mata untuk menikmati Mee Udang. Udang yang dihidangkan bersama mee, bihun atau kuey teow didatangkan segar dari jeti nelayan. Harganya juga berpatutan. Jadi, kepada penggemar makanan laut, jangan lupa untuk berkunjung ke Pulau Aman.

Kegiatan ekonomi utama penduduk Pulau Aman: Nelayan


Jeti nelayan


Mee Udang


Restoran Terapung




Pulau Aman juga sesuai sebagai destinasi percutian

Moon Gate

23 Julai 2011: Aktiviti hari ni adalah memanjat bukit. Namun aku tak tahu nama bukit yang dipanjat. Just panggil bukit tu sebagai Moon Gate sebab destinasi terakhir bukit tersebut adalah Moon Gate 5.

Ini adalah kali kedua aku panjat bukit Moon Gate. So, dah tau sedikit selok-belok pendakian. Aku memulakan pendakian dari Taman Perbandaran Pulau Pinang. Perjalanan ke Moon Gate 5 mengambil masa 1 jam, tu pun kalau tak banyak berehat.

Sepanjang perjalanan ke atas, majoriti pendaki terdiri dari mereka yang berbangsa cina. Yang melayunya ramai berjalan-jalan makan angin di kawasan Taman Perbandaran. Apa yang memotivasikan aku untuk memanjat sehingga ke Moon Gate 5 adalah keenakan kopi, teh cina & biskut lutut yang disediakan untuk pendaki. Makan & minum dihidangkan percuma. Semuanya disedekahkan oleh komuniti cina yang menjadi pendaki tegar bukit tersebut. 

Mari kita saksikan beberapa gambar menarik sepanjang pendakian.


Panorama Pulau Pinang

Pintu Moon Gate 3

Moon Gate 5

Kopi & biskut free untuk pendaki

Kalau sesiapa yang nak naik bukit ni memang di alu-alukan la. Boleh la excercise keluarkan peluh dan lihat pemandangan yang menarik.

Selamat mendaki. . .

23 July 2011

Walk For Sight & Sound 2011

Walk For Sight & Sound merupakan acara amal bagi mengutip dana untuk Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang dan Penang Home (Rumah kebajikan orang kurang upaya). Acara ini berlangsung setiap tahun dan pada tahun ini ianya diadakan di Taman Perbandaran Pulau Pinang pada 17 Julai 2011.

Aku dan rakan-rakan tidak ketinggalan untuk menyertai acara ini. Dalam acara ini, peserta dikehendaki berjalan sejauh 3.8 kilometer dengan keadaan mata atau telinga tertutup. Acara ini sebenarnya adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang hidup normal untuk merasai kepayahan mereka yang buta dan pekak dalam menjalani kehidupan seharian.

Apabila sudah merasai kepayahan mereka yang kurang dari segi pancaindera penglihatan dan pendengaran ini, barulah aku rasa bersyukur dengan kurniaan yang Allah beri selama ini sebagai manusia normal.  


Our team

Walk For Sight & Sound 2011


Merasai kepayahan mereka yang buta

  
“Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya serta meniupkan padanya roh ciptaan-Nya dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran, penglihatan dan hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” – (Surah as-Sajdah, ayat 9)

Bon Odori 盆踊り

Pengenalan

Bon Odori Festival 盆踊り merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat Jepun sebagai memperingati semangat atau roh mereka yang telah meninggal dunia. Ianya disambut di Jepun lebih 500 tahun dahulu dan dimeriahkan dengan tarian yang dikenali sebagai Bon Odori 盆踊り.

Bon Odori tidak hanya disambut di Jepun malahan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Pulau Pinang tidak ketinggalan merayakan perayaan ini setiap tahun. Memandangkan populasi masyarakat Jepun yang tinggi menetap di Pulau Pinang, maka kerajaan negeri telah menetapkan festival Bon Odori ini sebagai acara tahunan dalam kalendar pelancongan negeri.

Gendang masyarakat Jepun

Opera Jepun

"Tarian Rasa Sayang"
Tak sangka org Jepun pun minat lagu Rasa Sayang

Kimono Girls

Lokasi festival: Padang Kota Lama, Pulau Pinang

22 July 2011

The Passion

Blog ini banyak menceritakan tentang hobi baru aku: Fotografi.
Oleh itu, anda mungkin akan lebih banyak melihat gambar-gambar berbanding penulisan. Kalau anda juga peminat fotografi, jangan malu untuk berkongsi idea dan pandangan. 

Ini adalah beberapa koleksi gambar yang boleh dikongsi bersama.

Location: Semanggol, Perak
Title: Silhouette


Location: Semanggol, Perak
Title: Sunrise

Location: Bagan Ajam, Penang
Title: Sunset

Location: Teluk Bayu, Penang
Title: Ray of Light


Location: Botanical Garden, Penang
Title: Slow shutter


Location: Georgetown, Penang
Title: Light Trail


Location: Straits Quay
Title: Black & White HDR


Location: Gerogetown, Penang
Title: Stitch Panorama + HDR


Location: Georgetown, Penang
Title: Panning


Location: Georgetown, Penang
Title: Tilt & Shift


Location: Bagan Serai, Perak
Title: Emotion


Location: Semanggol, Perak
Title: Light Drawing


Location: Penang Bridge
Title: Architecture


Location: Penang Bridge
Title: Long Exposure


Location: Penang Road
Title: Street Photography

Sebenarnya banyak lagi gambar yang boleh dikongsi bersama. Tapi biar la yang ni sebagai mukadimah dulu.

Apa-apa pun. Enjoy the pictures . . .

The Intro

Salam Perkenalan,

Kemunculan semula diri aku dalam bidang penulisan blog. Sebelum ini aku menggunakan platform friendster untuk menulis blog, tapi sekarang dah mula satu rebranding untuk diri aku dengan menggunakan platform blogger.com. Kalau dulu guna nama adiputra82, sekarang lebih manis untuk menggunakan nama Asraff Jamaludin. Tak perlu nama samaran, guna saja nama sebenar.

Sebagai pengenalan, lebih baik untuk aku membuat introduction tentang diri sendiri.

Nama                         : Mohd Asraff bin Jamaludin
Asal                           : Semanggol, Perak
Umur                         : 29 tahun
Tarikh Lahir                : 4 Oktober 1982 
Pekerjaan                   : Kakitangan Kerajaan
Tempat Kerja             : Pulau Pinang
Status perkahwinan    : Bujang
Hobi                          : Fotografi dan penulisan

Buat masa ni tu saja introduction untuk diri sendiri. Maybe saudara dan saudari akan lebih mengenali Asraff Jamaludin apabila menjadi follower untuk blog ini.

Selamat berkarya...