26 June 2012

Jom Ronda-Ronda Cari Makan Di Utara: Kenduri Durian

23 Jun lepas group Jom Ronda Ronda Cari Makan Di Utara (JRRCMDU) telah membuat aktiviti makan durian. Lokasi yang diterjah kali ni di Dusun Hijau Kuning dalam daerah Relau, Bandar Baharu, Kedah. Aku pun sebenarnya tak tau Relau ni dalam daerah mana, ada yang cakap kawasan Seberang Perai Selatan, ada jugak yang cakap dalam kawasan Kulim Bandar Baharu. Yg aku tau aku dah lepas signboard 'Selamat Datang Ke Negeri Kedah'.

Aktiviti kali ni dikira sebagai penyertaan teramai dalam banyak-banyak aktiviti luar yang dijalankan oleh group JRRCMDU. Lebih kurang 70 orang yang hadir untuk kenduri durian ni. Sorang kena bayar RM10 dan boleh makan durian sampai pengsan. Pakej makan siap dengan pulut, santan, lemang & minuman. Kira berbaloi la kot.

Bila tengok dusun durian ni memang rasa best. Dusun bersih macam padang golf. Nak cari buah durian luruh pun senang. Kat Dusun Hijau Kuning ni jugak disediakan macam homestay ala rumah kampung. Tuan tanah jugak tgh buat 2-3 bijik lagi rumah kampung untuk siapa-siapa yang berminat nak menginap kat kawasan dusun ni. Selain dusun, ada jugak kolam ikan, boleh la memancing kalau siapa-siapa nak.

Aku pun dah malas nak tulis panjang, so tengok jer la gambar sepanjang kemeriahan majlis kenduri durian ni...



Group photo: Ada lagi yg segan nak bergambar


Dusun ala padang golf


Aku & durian


Durian kampung


Berkelah bawah pokok


Rumah rehat @ homestay


Ada kolam ikan


Bangsal durian


Barisan jelitawan JRRCMDU



Ucapan dari Ketua Projek. Sebelah kiri beliau, Tuan tanah kedaung


Sekian saja laporan aktiviti group JRRCMDU untuk kali ni. Ada event lagi, aku akan update kat blog ni. Tu pun kalau rajin.




P/S: Versi lain laporan ni boleh tgk kat blog Mastura Zakaria.



20 June 2012

Wordless Wednesday # 16

Setelah sebulan lebih tak update blog, hari ni aku update dengan entry yang ringan.



WORDLESS WEDNESDAY







Sempena Hari Bapa