23 Jun lepas group Jom Ronda Ronda Cari Makan Di Utara (JRRCMDU) telah membuat aktiviti makan durian. Lokasi yang diterjah kali ni di Dusun Hijau Kuning dalam daerah Relau, Bandar Baharu, Kedah. Aku pun sebenarnya tak tau Relau ni dalam daerah mana, ada yang cakap kawasan Seberang Perai Selatan, ada jugak yang cakap dalam kawasan Kulim Bandar Baharu. Yg aku tau aku dah lepas signboard 'Selamat Datang Ke Negeri Kedah'.
Aktiviti kali ni dikira sebagai penyertaan teramai dalam banyak-banyak aktiviti luar yang dijalankan oleh group JRRCMDU. Lebih kurang 70 orang yang hadir untuk kenduri durian ni. Sorang kena bayar RM10 dan boleh makan durian sampai pengsan. Pakej makan siap dengan pulut, santan, lemang & minuman. Kira berbaloi la kot.
Bila tengok dusun durian ni memang rasa best. Dusun bersih macam padang golf. Nak cari buah durian luruh pun senang. Kat Dusun Hijau Kuning ni jugak disediakan macam homestay ala rumah kampung. Tuan tanah jugak tgh buat 2-3 bijik lagi rumah kampung untuk siapa-siapa yang berminat nak menginap kat kawasan dusun ni. Selain dusun, ada jugak kolam ikan, boleh la memancing kalau siapa-siapa nak.
Aku pun dah malas nak tulis panjang, so tengok jer la gambar sepanjang kemeriahan majlis kenduri durian ni...
|
Group photo: Ada lagi yg segan nak bergambar |
|
Dusun ala padang golf |
|
Aku & durian |
|
Durian kampung |
|
Berkelah bawah pokok |
|
Rumah rehat @ homestay |
|
Ada kolam ikan |
|
Bangsal durian |
|
Barisan jelitawan JRRCMDU |
|
Ucapan dari Ketua Projek. Sebelah kiri beliau, Tuan tanah kedaung |
Sekian saja laporan aktiviti group JRRCMDU untuk kali ni. Ada event lagi, aku akan update kat blog ni. Tu pun kalau rajin.
sempoii!!
ReplyDeleteterbaekkk!
ReplyDeleteada no phone nak p tempat nie..?
ReplyDeleteTak sure no telefon. Saya ikut orang jer. Mungkin boleh private message En Sukri Kamis di FB.
Delete