28 January 2012

Kenapa orang letak patung kat bawah bumper belakang kereta ?



Setelah sekian lama persoalan ni bermain dalam fikiran aku, baru hari ni aku tau kenapa orang letak patung kat bawah bumper belakang kereta. Kadang-kadang sampai berkulat aku tgk patung tu kena seret kat jalan. Antara andaian yang aku buat ialah maybe diorang nak bumikan aliran letrik kalau kereta kena kilat. Tapi rasa tak logik pulak sbb patung tu dibuat dari soft toy dan patung tu tak cecah pun jalanraya.






Sebenarnya tradisi gantung patung kat bumper belakang kereta ni berasal dari budaya orang Thailand.  Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Roh kanak-kanak akan bermain dgn patung tu & takkan ganggu pemandu.


Kita orang Malaysia ni main ikut jer apa orang lain buat. Samada sedar atau tak, benda ni dah dikira khurafat. Maybe orang Malaysia yang gantung patung ni tak tau kot, asal cute jer ikut...


Nota: Maklumat dan gambar ini dicopypaste dari blog orang lain & diolah semula cara penulisannya. Harap maklum.

24 January 2012

Jom Ronda-Ronda Cari Makan D' Utara



Tajuk entry kali ni ialah Jom Ronda-Ronda Cari Makan D' Utara (JRRCMD'Utara). JRRCMD'Utara ni sebenarnya nama group di Facebook. Group ni diilhamkan penubuhannya oleh Encik Zulkifli Ahmad atau lebih dikenali sebagai DJ Zul. Group ni ditubuhkan pada November 2011 dan sehingga ke tarikh hari ni dah ada seramai lebih kurang 2600 ahli.

Untuk makluman semua, peranan dan objektif group Jom Ronda-Ronda Cari Makan D'Utara ini diwujudkan ialah untuk memberi pengetahuan dan info kepada ahli-ahli dalam group ini, mahupun yang bukan ahli dalam group ini tentang tempat-tempat makanan halal beserta lokasinya yg bermula dari Perak Utara, Penang , Kedah dan juga Perlis. Ini dapat memudahkah ahli mahupun yg bukan ahli dlm mencari dan merasai keenakan dan kelazatan makanan yang memang sinonim dibahagian Utara tanahair ini. Visi dia ialah mempopularkan lagi makanan-makanan utara yang memang sudah popular sebelum ini. (ayat ini dicopypaste dari Group Info Page)

Bagi mereka yang memang suka makan & rasa tempat makan tu sesuai nak direkemen kat kawan-kawan lain, bolehla post info berkaitan tempat makan tu kat group ni. Lagi afdhal kalau letak gambar, bagi orang lain terliur sikit. Group ni jugak sesuai untuk orang-orang yang di luar kawasan utara untuk dapatkan lebih info pasal makanan di utara tanahair ni. Kadang-kadang orang KL nak datang bercuti kat Penang & nak tau pasal tempat makan kat Penang yang best, boleh rujuk & tanya kat ahli-ahli kat group ni. Diorang sedia membantu.

Pada 22 Januari lepas, group ni dah buat 1st gathering diorang. Seramai lebih kurang 40 orang telah hadir untuk memeriahkan majlis. Event gathering ni dibuat di Restoran Qasar Hadramawt, Bandar Perda Pulau Pinang. Antara aktiviti yang dijalankan selain makan termasuklah cabutan bertuah, sukaneka & karaoke. Jom kita saksikan sekitar kemeriahan majlis gathering group JRRCMD'Utara ni.

Doorgift utk tetamu yg hadir


Tempat makan


Penyambut tetamu


Apertizer: Apam Polka Dot


Menu utama


Hadiah kepada pemenang cabutan bertuah


Orang kuat group JRRCMD'Utara: En DJ Zul & En Saifullizan


Acara passing bola


Sesi beramah-mesra

Group photo JRRCMD'Utara


Lepas ni banyak lagi aktiviti yang akan dijalankan oleh group ni. Bukan saja aktiviti makan-makan tapi jugak aktiviti sosial macam melawat ke rumah anak-anak yatim. Semoga group ini akan lebih sukses di masa akan datang. Kepada yang berminat nak join group ni, boleh search nama Jom Ronda-Ronda Cari Makan D'Utara di Facebook.

Sekian.


18 January 2012

Wordless Wednesday # 14

Better safe than sorry

11 January 2012

Wordless Wednesday # 13

Disclaimer: Nombor & logo yang dipaparkan tiada kena mengena dengan
sebarang acara ataupun parti politik.

05 January 2012

Lesen Tamat Ikut Tarikh Lahir




Tahukah korang yang tarikh tamat lesen memandu ialah pada tarikh lahir korang ? Sebenarnya benda ni JPJ dah kuatkuasakan pada 20 November lepas. Petang tadi aku ada kerja sikit kat JPJ, so pegi la amik kesempatan renew lesen memandu. Padahal lesen aku mati pada 1/4/2012 nnti. Untuk mengelakkan dari terlupa, aku renew la siap-siap. Lagipun aku bercadang nak update gambar & alamat sekali. Gambar kat lesen lama nampak jambu sangat. Yer la, gambar lepas SPM. Bayaran renew lesen setahun ialah RM35. Aku renew untuk 3 tahun. So, lesen memandu aku nnti akan tamat tempoh pada 4/10/2015. Harap-harap tahun 2015 nnti tak lupa la yer...

Untuk info lanjut, boleh la ke laman web JPJ.



01 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012



Entry pendek sempena tahun baru 2012.


Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua follower & pembaca blog aku ni. Semoga tahun 2012 akan menjanjikan 1001 kebahagiaan & keceriaan untuk kita semua. Amin...