Tahukah korang yang tarikh tamat lesen memandu ialah pada tarikh lahir korang ? Sebenarnya benda ni JPJ dah kuatkuasakan pada 20 November lepas. Petang tadi aku ada kerja sikit kat JPJ, so pegi la amik kesempatan renew lesen memandu. Padahal lesen aku mati pada 1/4/2012 nnti. Untuk mengelakkan dari terlupa, aku renew la siap-siap. Lagipun aku bercadang nak update gambar & alamat sekali. Gambar kat lesen lama nampak jambu sangat. Yer la, gambar lepas SPM. Bayaran renew lesen setahun ialah RM35. Aku renew untuk 3 tahun. So, lesen memandu aku nnti akan tamat tempoh pada 4/10/2015. Harap-harap tahun 2015 nnti tak lupa la yer...
Untuk info lanjut, boleh la ke laman web JPJ.
No comments:
Post a Comment