28 January 2012

Kenapa orang letak patung kat bawah bumper belakang kereta ?



Setelah sekian lama persoalan ni bermain dalam fikiran aku, baru hari ni aku tau kenapa orang letak patung kat bawah bumper belakang kereta. Kadang-kadang sampai berkulat aku tgk patung tu kena seret kat jalan. Antara andaian yang aku buat ialah maybe diorang nak bumikan aliran letrik kalau kereta kena kilat. Tapi rasa tak logik pulak sbb patung tu dibuat dari soft toy dan patung tu tak cecah pun jalanraya.






Sebenarnya tradisi gantung patung kat bumper belakang kereta ni berasal dari budaya orang Thailand.  Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Roh kanak-kanak akan bermain dgn patung tu & takkan ganggu pemandu.


Kita orang Malaysia ni main ikut jer apa orang lain buat. Samada sedar atau tak, benda ni dah dikira khurafat. Maybe orang Malaysia yang gantung patung ni tak tau kot, asal cute jer ikut...


Nota: Maklumat dan gambar ini dicopypaste dari blog orang lain & diolah semula cara penulisannya. Harap maklum.

1 comment:

  1. laaaa.....sbb tu ka...serius taktau, ada jugak tengok kat jalan, pelik2...

    ReplyDelete