25 February 2012

Koleksi Gambar Terbaik

Hari ni 25 Februari 2012, genap setahun aku memiliki kamera DSLR. Sebagai seorang peminat fotografi, aku berusaha untuk mencari idea-idea terbaru untuk mendapatkan gambar yang terbaik. So, sempena setahun sebagai pemilik DSLR, aku nak kongsi gambar-gambar menarik sepanjang setahun aku berkecimpung dalam dunia fotografi ni. Gambar terbaik ni hanyalah dari pandangan mata aku & kepuasan diri aku sendiri jer. Mungkin bagi orang lain tak cantik, tapi apa yang penting adalah self satisfaction aku terhadap gambar yang diambil. Setiap bulan akan ada satu gambar dan setiap gambar ada cerita tersendiri.


Nikon D3100


Sebelum tu, kamera yang aku gunakan ialah Nikon model D3100 dengan lensa 18-105mm. Kamera untuk beginner. Sampai sekarang aku masih setia dengan Nikon D3100 ni. Hajat di hati nak upgrade, tapi belum cukup dana lagi. Tapi apa yang penting, kepuasan mengambil gambar bukanlah dari kecanggihan kamera tapi orang di belakang kamera itu sendiri.




Februari 2011: Gambar ni bukan yang terbaik bagi aku tapi gambar ni dipilih sebab ada sentimental value. Ni merupakan gambar pertama aku shoot guna kamera yang baru beli. Shutter count untuk gambar ni ialah 002. Gambar pertama dishoot oleh tokey kedai kamera.




Mac 2011: Aku suka gambar ni sebab menampakkan emosi pada budak ni. Budak ni ialah sepupu aku sendiri, shoot masa kenduri arwah kat kampung. Gambar ni aku buat square cropped format dan warnakan black & white bagi menampakkan kesan emosi tersebut. Versi asal gambar boleh tengok kat SINI.




April 2011: Ni merupakan gambar pertama aku shoot slow shutter. Tapi masa ni exposure time takde la lama sangat sebab air tu mengalir laju. Gambar ni diambil di Botanical Garden, Penang.




Mei 2011: Aku suka gambar ni sebab aku rasa gambar ni nampak hidup. Lagipun moment ni jarang-jarang berlaku. Ni gambar orang gotong-royong tanam padi kat kampung aku. Sekarang dah jarang orang taman padi secara manual, semua pakai tabur jer. Lokasi, Semanggol, Perak.




Jun 2011:  Lokasi penggambaran, belakang rumah kat kampung. Gambar ni diambil semasa sunrise. Gambar ni tak cantik mana pun tapi aku suka sebab boleh bermain dengan silhouette. Walau bagaimanapun, masih ada ruang untuk diperbaiki. Versi kaler lain boleh tengok kat SINI.




Julai 2011: Aku rasakan minat aku terhadap landscape photography ni dah semakin menebal. Sebab tu aku akan cuba explore segenap pelusuk tempat untuk mencari lokasi terbaik untuk mengambil gambar. Gambar ni diambil di Teluk Bayu, Pulau Pinang. Apa yang menarik tentang gambar ni ialah Ray Of Light, iaitu biasan cahaya matahari di celah-celah awan. Bukan senang nak tunggu peluang macam ni.




Ogos 2011: Aku cuba untuk mencari kelainan dalam bidang fotografi ni. Kali ni aku cuba buat water drop pulak. Buat water drop ni memang memerlukan kesabaran. Antara berpuluh keping gambar yang diambil, mungkin 1 atau 2 jer yang jadi. Gambar ni diambil sempena dengan cabaran Diari Ramadhan 1432H.




September 2011: Gambar ni diambil sempena dengan Penang Starwalk 2011. Bagi orang lain memang tak nampak apa-apa yang special pada gambar ni tapi gambar ni la yang membawa kemenangan bagi aku untuk Starwalk Photography Competition. 1st time masuk photography competition dan gambar ni dipilih dari berpuluh penyertaan yang lain. Walaupun tak menang hadiah utama, tapi apa yang penting ialah self satisfaction aku dengan gambar ni.




Oktober 2011: Gambar Jentani ni aku shoot belakang rumah kat kampung time senja. Apa yang best tentang gambar ni ialah cara pre & post processing. Lighting gambar ni aku guna teknik strobist & untuk editing aku guna HDR. Disebabkan kamera Nikon 3100 tak boleh buat bracketing, so aku shoot guna format RAW dan adjust exposure guna software ViewNX 2. 




November 2011: Ni lagi antara koleksi terbaik aku untuk gambar belakang rumah. Gambar ni aku shoot dengan 2 exposure & gabungkan kat photoshop untuk jadikan Vertorama.




Disember 2011: Gambar ni aku shoot kat Pantai Robina, Butterworth. Ni cubaan shoot slow shutter setelah membeli filter ND8 & CPL. Gambar ni shoot time dah nak senja, so takda masalah overexposure walaupun guna shutter speed yang panjang.




Januari 2012: Kalau sunrise di belakang rumah, so gambar sunset mestilah kat depan rumah pulak. Ni merupakan gambar sunset favourite aku. Aku bab editing ni memang fail sikit, so gambar ni memang tak diedit langsung. Gambar silhouette lalang depan rumah versi sunset.





Februari 2012: Ni antara gambar favourite aku jugak sebab antara gambar yang susah nak diambil & memerlukan kesabaran yang tinggi. Jam yang baru beli dijadikan mangsa untuk gambar water splash ni.

Inilah antara koleksi gambar yang aku rasakan terbaik & berpuas hati dengan hasil karya aku sendiri. Bagi aku, "buying a Nikon/Canon doesn't make you a photographer. It makes you a Nikon/Canon owner." Untuk tengok hasil gambar-gambar aku yang lain boleh tengok kat akaun Flickr aku kat SINI. Semoga terhibur...


 


15 February 2012

Wordless Wednesday # 15

Jam baru beli