24 July 2011

Moon Gate

23 Julai 2011: Aktiviti hari ni adalah memanjat bukit. Namun aku tak tahu nama bukit yang dipanjat. Just panggil bukit tu sebagai Moon Gate sebab destinasi terakhir bukit tersebut adalah Moon Gate 5.

Ini adalah kali kedua aku panjat bukit Moon Gate. So, dah tau sedikit selok-belok pendakian. Aku memulakan pendakian dari Taman Perbandaran Pulau Pinang. Perjalanan ke Moon Gate 5 mengambil masa 1 jam, tu pun kalau tak banyak berehat.

Sepanjang perjalanan ke atas, majoriti pendaki terdiri dari mereka yang berbangsa cina. Yang melayunya ramai berjalan-jalan makan angin di kawasan Taman Perbandaran. Apa yang memotivasikan aku untuk memanjat sehingga ke Moon Gate 5 adalah keenakan kopi, teh cina & biskut lutut yang disediakan untuk pendaki. Makan & minum dihidangkan percuma. Semuanya disedekahkan oleh komuniti cina yang menjadi pendaki tegar bukit tersebut. 

Mari kita saksikan beberapa gambar menarik sepanjang pendakian.


Panorama Pulau Pinang

Pintu Moon Gate 3

Moon Gate 5

Kopi & biskut free untuk pendaki

Kalau sesiapa yang nak naik bukit ni memang di alu-alukan la. Boleh la excercise keluarkan peluh dan lihat pemandangan yang menarik.

Selamat mendaki. . .

2 comments:

  1. tahniah.. :) memang cantik hasil panorama tu..

    ReplyDelete
  2. Thanks. . . Semangat panjat bukit untuk dapatkan view terbaik. Alhamdulillah langit cerah hari tu, takde jerebu.

    ReplyDelete