24 July 2011

Pulau Aman

Pulau Aman merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di dalam daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Untuk berulang alik ke pulau ini, terdapat pengkalan bot yang beroperasi setiap hari di Jeti Tanjung Musang, Batu Kawan. Pulau Aman merupakan sebuah perkampungan nelayan. Sesuai sebagai tempat perkelahan dan memancing serta mempunyai tempat-tempat yang bersejarah. Perjalanan dengan bot mengambil masa 15 minit dengan tambang pergi balik sebanyak RM6. Untuk makluman, perkhidmatan bot terakhir tamat pada jam 6 petang.

Kegiatan ekonomi utama di Pulau Aman adalah nelayan. Namun begitu penduduk di pulau tersebut juga mengusahakan chalet untuk kemudahan para pengunjung. Terdapat beberapa tempat menarik dan bersejarah yang mungkin boleh dilawati di Pulau Aman. Antaranya ialah Telaga Emas, Batu Perompak dan Pulau Gedong. 

Rata-rata pengunjung yang datang ke Pulau Aman adalah semata-mata untuk menikmati Mee Udang. Udang yang dihidangkan bersama mee, bihun atau kuey teow didatangkan segar dari jeti nelayan. Harganya juga berpatutan. Jadi, kepada penggemar makanan laut, jangan lupa untuk berkunjung ke Pulau Aman.

Kegiatan ekonomi utama penduduk Pulau Aman: Nelayan


Jeti nelayan


Mee Udang


Restoran Terapung




Pulau Aman juga sesuai sebagai destinasi percutian

1 comment: