22 August 2011

Laporan Prestasi Bulanan

Nampak jer tajuk dah macam gerun. Rasa macam nak nak buat pembentangan Laporan Prestasi kat Menteri pulak. Hehe... Sebenarnya hari ni 22.08.2011 genap usia sebulan aku aktif berblogging. Walaupun tarikh start register kat blogger.com pada November 2010, tapi entry pertama yang aku buat pada 22.07.2011 (The Intro)

So, entry hari ni aku nak buat sikit penilaian terhadap prestasi blog aku secara keseluruhan. Kot-kot ada apa yang boleh ditambah bagi menaikkan blog aku ni setanding blogger-blogger yang lebih otai.


Visit last month
Ni adalah statistik jumlah mereka yang melawat blog aku dari 29.07.2011 sampai 21.08.2011. Total view untuk jangka masa lebih kurang sebulan adalah sebanyak 883 hits dan total uniques sebanyak 346 hits. Statistik unique visitor ni ada kena-mengena dengan iklan dan pendapatan. Nanti aku cerita... 


Audience

Sekarang kita tengok pulak siapa insan-insan bertuah yang dok belek blog aku. Secara keseluruhannya, ramai orang Malaysia yang dok tengok blog aku. (memang ler sbb blog tulis melayu). Tapi ada jugak orang Amareka, Sudan, Colombia dan Jerman yang dok layan blog aku ni. Yang dari Sudan tu maybe aku dapat syak siapa sebab ada sorang kawan aku keje kat kedutaan kat sana. Yang dok Amareka, Colombia & Jerman ni yang menimbulkan tanda tanya. So, kepada insan-insan dari Amareka, Colombia & Jerman, silalah perkenalkan diri anda, semoga dapat mengeratkan ukhwah di antara kita. (tu pun kalau faham Bahasa Melayu)


Entry visit statistic
  
Dalam ramai-ramai yang dok melayari blog aku, lebih kurang 76% daripada diorang ni berminat dengan entry Diari Ramadhan. Memang padan la sebab aku dok update Diari Ramadhan ni hari-hari dan dok post link kat Facebook. Kat Facebook, aku jugak gunakan platform Habaqmai, Sahabat Blogger, Geng Blogger Bersatu dan Penang Flickr untuk share link blog aku ni.



Traffic


Kita tengok pulak sumber dari mana pelawat blog aku ni datang. Aku just bagitau sumber terbesar pelawat blog aku. So, untuk ni aku nak menzahirkan penghargaan kat Incik Saiful Adli yang telah membacklinkkan blog dia untuk iklankan blog aku (kalau tak paham ayat ni, sila pahamkan). Sebagai ucapan terima kasih, aku pun nak bagi backlink kat Incik Saiful Adli.





Total earning

Ni part yang paling best. Bab duit $$$. Di samping berblogging, aku jugak menjadi ejen untuk mengiklankan barang dari Nuffnang. Iklan Nuffnangs ni aku baru jer register, tak sama umur dengan 1st entry aku. So, performance earnings aku sepanjang berblogging ni adalah sebanyak singgit. (syukur alhamdulillah...) Aku pun tak tau cmne Nuffnang rate earnings aku, tapi bnda ni ada kena-mengena jugak dengan Unique Visitor yang melawat blog aku ni. (seperti yang dinyatakan di atas)

So, untuk usia sebulan blog aku ni, aku dah buat sikit pembaharuan. Aku cuba buat header dan design baru. Banyak lagi yang nak kena belajar dalam dunia blogging ni. Bak kata pepatah, "saya budak baru belajar, kalau salah tolong jolokkan".


7 comments:

  1. tahniah.. kira ok la tu untuk permulaan.. teruskan usaha..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih... Mintak tunjuk ajar dari otai-otai blogger sekalian.

    ReplyDelete
  3. ...perghh...baru sebulan da dpt singgit...aku da 3 bln baru 25sen...huhu...nmpk sgt xrajin update...

    ReplyDelete
  4. Hehe... baru sebulan bro. Kalau sebulan singgit, setahun dapat doblas hengget. Erkkk... bila masa nak kaya cmni ?

    ReplyDelete
  5. tahniah.. tahniah.. baru mula gak ke? Ai pun baru mula ^^
    Baru dpt beberapa ringgit dah lompat2 hepi. Tekan update survey salu keyh ^^

    http://bulatmata.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. saya yg banyak klik iklan awak tu..so payback nya jgn lupa pulak klik balik iklan sy kat azniees.blogspot.com ...

    ReplyDelete
  7. Ok Cik Azni... Nnti bila dah kaya kita pegi bercuti yer :-P

    ReplyDelete