30 November 2011

Wordless Wednesday # 11

Ducati

23 November 2011

Wordless Wednesday # 10

Empty Road

20 November 2011

Penang Bridge International Marathon 2011

Hari ni aku malas nak menulis, just nak share gambar di sekitar acara Penang Bridge International Marathon 2011 yang diadakan pada hari ini.


Garisan penamat

Garisan permulaan

Dah start berlari

View dari jejantas

Kudaku lari gagah berani...

Beri laluan !

Selalu org shoot dari bawah jmbtn, tapi aku shoot dari atas jmbtn

Lebuhraya E36

Jarang kita tgk Jambatan Pulau Pinang clear cmni

Air mineral

Sekali sekala layan sunrise atas jambatan

Jambatan Pulau Pinang

Aku

Tolong menolong orang yang sakit

Kebanyakan pemenang dari negara Kenya

P/S: Gambar-gambar yang dipaparkan terpaksa diletak watermark untuk menjaga hakcipta.



Perhatian: Pihak penganjur sedang mengadakan Pertandingan Fotografi sempena Penang Bridge International Marathon 2011. Gambar-gambar yang dipaparkan di dalam blog ini tidak boleh disalin, dicetak, disunting atau dimanipulasi tanpa kebenaran pemilik gambar. Harap maklum.


15 November 2011

Anda berminat bekerja di awan biru ?

Picture courtesy: worldscrews.blogspot.com

Berita baik bagi korang yang berminat nak bekerja di awan biru sebagai Pramugari & Pramugara. Aku kat sini nak offer peluang bagi mereka yang berminat untuk menjadi krew penerbangan di Malaysia Airlines, Singapore Airlines, Air Asia, Qatar Airways, Emirates, Firefly dan sebanyak 38 lagi syarikat penerbangan lain. Antara syarat-syarat yang perlu korang lepas sebelum menjalani latihan menjadi cabin crew ni adalah:

1.   Berumur 26 tahun ke bawah
2.   Sihat tubuh badan
3.   Tinggi minimun 157cm untuk perempuan dan 163cm untuk lelaki
4.   Kredit dalam subjek Bahasa Inggeris dan 2 subjek lain dalam SPM
5.   Tiada sebarang kesan parut yang jelas kelihatan di tubuh badan

Kalau korang dah lepas syarat-syarat ni, so dah boleh start berangan menjadi pramugari & pramugara. Next step, korang akan dilatih di APTECH AVIATION & HOSPITALITY ACADEMY yang terletak di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur selama 3 bulan. Dalam tempoh 3 bulan tu korang akan diajar cara-cara grooming, swimming, bahasa dan macam-macam lagi la yang berkaitan dengan kerja cabin crew ni.

Academy ni buat pengambilan setiap 3 bulan iaitu pada bulan Mac, Jun, September & Disember. Yuran pengajian sepanjang kursus adalah sebanyak RM5,500. Kalau korang dipilih menjalani kursus kat sini, korang perlu bayar RM300 untuk pendaftaran dan bakinya boleh dibayar selepas start kelas.

Korang cuma perlu modal RM5,500 jer untuk mencapai impian menjadi cabin crew di syarikat penerbangan terkemuka dunia. Lepas tu korang boleh la enjoy gaji cabin crew yang berlipat kali ganda dan menikmati faedah-faedah lain.

So, kepada mereka yang berminat especially yang tengah amik SPM, belajar rajin-rajin dan score dalam semua subjek. Untuk maklumat lanjut berkenaan menjadi cabin crew ni bolehlah email kat aku di: adiputra82@gmail.com


"A CAREER in the clouds, A well-respected PROFESSION with REWARDS, unsurpassed. CABIN CREWS..."




10 November 2011

Rakyat Malaysia Workaholic ???

Courtesy: previously-me.blogspot.com

1 fakta diperolehi dari kajian oleh Regus (supplier of workplace solutions) mendapati 47% pekerja di Malaysia membawa pulang kerja mereka di rumah selepas waktu pejabat sebanyak 3 kali seminggu berbanding statistik global iaitu 43%.

15% daripada pekerja Malaysia biasanya bekerja 11 jam sehari, berbanding 10% statistik di peringkat global.

Kajian juga menunjukkan 32% pekerja Malaysia biasanya bekerja selama 9 hingga 11 jam sehari.

Kajian ini dilakukan terhadap 12,000 syarikat di dalam 85 negara.

Selain itu, statistik kajian juga menunjukkan bahawa pekerja perempuan kurang berminat untuk membawa pulang kerja mereka di rumah berbanding lelaki. 32% pekerja wanita akan membawa pulang kerja mereka berbanding lelaki sebanyak 48%.

P/S: Rakyat Malaysia sememangnya Workaholic !


Sumber dan terjemahan dari thestar.com.my



**********


Kalau nak diikutkan, kerja sampai bila-bila pun takkan abis. Ingat lagi dialog P.Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, "1 hari 8 jam kerja, Sabtu setengah hari, Ahad public holiday, kalau nak Isnin boleh laaaa".

Renung-renungkan kata-kata kat bawah ni untuk panduan kita bersama...


03 November 2011

Saya Menang Moto...

Hadiah Saguhati


Tengok tajuk entry memang nampak gempaq. Tapi betul ker aku menang moto ? Aku sebenarnya tak menang moto pun, just menang portable hard drive jer. Aku menang Toshiba Portable Hard Drive ni sebagai hadiah saguhati lepas masuk Starwalk Photography Competition yang diadakan pada September lepas. Cerita pasal Starwalk, buleh baca kat sini.

Menurut pihak penganjur, sebanyak 50 penyertaan diterima untuk pertandingan ni. Tema pertandingan adalah berkaitan peserta Starwalk & tempat-tempat bersejarah di Pulau Pinang. Hadiah tempat pertama hingga ketiga dapat kamera DSLR & 3 hadiah saguhati dapat portable hard drive. Sorang boleh hantar 2 keping gambar jer untuk pertandingan ni.



Walking With Logan


Ni la gambar yang aku hantar untuk penyertaan Starwalk Photography Competition & menang hadiah saguhati. Aku pun tak jangka gambar ni boleh menang sebab aku rasa tak berapa memenuhi kriteria penganjur, tapi pihak juri dah buat keputusan & pilih gambar ni antara berpuluh penyertaan lain yang diterima. Gambar ni diambil kat Logan Statue di area Kompleks Mahkamah Pulau Pinang.

Tapi yang tak bestnya, aku baru jer beli portable hard drive, lepas tu dapat hadiah yang sama pulak. (Boleh baca cerita kat sini). Hmmm.... nak buat apa yer dgn portable hard drive yang ni ?

01 November 2011

Seagate Expansion Portable Drive

Hari Sabtu lepas, aku pegi beli external hard disk kat PC Fair, PISA Penang. Aku memang dah lama nak beli external hard disk memandangkan kapasiti hard disk laptop aku ni yang semakin penuh. Sebelum pegi beli external hard disk ni, seminggu sebelum tu aku dah buat review pasal ciri-ciri external hard disk yang aku nak.

Brand

Berdasarkan review dari internet & cina-cina kedai komputer, banyak yang mencadangkan brand hard disk terbaik ialah Western Digital (WD) dan Seagate. Alasannya, sebab kedua-dua manufacturer ni memang keje diorang keluarkan hard disk & sudah semestinya R&D diorang yang terbaik sebab fokus kepada pengkhususan hard disk sahaja. Selain tu, WD & Seagate jugak adalah pembekal komponen dalaman kepada jenama-jenama external hard disk lain seperti Maxtor & Buffalo. Maknanya, kalo korang beli external hard disk Buffalo, sama jer korang beli brand Seagate sebab barang dalam sama. Tapi, kelebihan Buffalo ni ialah anti-shock. Jatuh gegar sikit-sikit pun takde hal. Bagi pendapat aku pulak, semua external hard disk pun kalau jatuh mesti rosak. Komponen dalam tu bukannya tahan sangat, so pokok pangkalnya gunakan dengan cermat.

Kapasiti

Sejak berjinak-jinak dalam bidang fotografi ni, banyak fail-fail aku yang bersaiz besar. Gambar-gambar ni memang saja aku biarkan dalam resolution tinggi, nanti senang nak edit & takde masalah untuk print saiz besar. So, aku decide nak amik external hard disk dengan kapasiti 1 Terrabyte (1TB).

Harga

Disebabkan kekangan kewangan, aku just letakkan budget tak lebih dari RM300. Aku akan cuba survey kedai-kedai yang mana murah. Value for money katanya...





**********





Dalam dok mereview tu, aku sebenarnya tertarik kat WD Pasport Essential. Benda ni dapat komen-komen yang bagus dari pengguna dan aku suka kat saiz dia yang kecik dan ada macam-macam kaler.



Ehsan: swisspac.com.my
 


Tapi bila aku sampai jer kat PC Fair tu, average harga untuk WD Passport Essential ni lebih kurang RM340 untuk kapasiti 1TB. Maknanya dah lari dari budget aku.

Lepas tawaf PISA tu 3-4 kali & survey harga paling murah dengan spec yang aku nak, akhirnya aku terbeli la Seagate Expansion Portable Drive 1TB dengan harga RM265.





Tapi yang ni just boleh support USB 2.0 jer. Bagi aku 2.0 pun dah cukup sebab aku plan nak guna external hard disk ni sebagai storage tambahan dan back up data dari laptop aku jer. Takyah laju-laju pun takpe.





**********





Seagate Expansion Portable Drive






Bila dah beli benda ni, aku try la tengok review pengguna yang dah guna benda ni. Review dari cnet.com meletakkan 1 setengah bintang kat benda ni. Antara komen-komen negatif pengguna sehingga meletakkan rating 1 setengah bintang ialah, benda ni tak tahan lama, cepat rosak atau dengan kata lain unreliable. 

Review dari testfreaks.com pulak meletakkan markah 8.9 untuk benda ni. Rata-rata pengguna berpuas hari dengan performance benda ni dan percaya dengan brand Seagate.

Dan review seterusnya datang dari website Seagate sendiri. Dan rata-rata pengguna jugak berpuas hati dengan legasi dari jenama Seagate ni.

Apa-apa pun, benda ni dah jadi milik aku sekarang dan aku akan gunakan dengan sebaik mungkin. Sejauh mana jenama ni mampu bertahan pada aku ? Kita tunggu jer la.