Brand
Berdasarkan review dari internet & cina-cina kedai komputer, banyak yang mencadangkan brand hard disk terbaik ialah Western Digital (WD) dan Seagate. Alasannya, sebab kedua-dua manufacturer ni memang keje diorang keluarkan hard disk & sudah semestinya R&D diorang yang terbaik sebab fokus kepada pengkhususan hard disk sahaja. Selain tu, WD & Seagate jugak adalah pembekal komponen dalaman kepada jenama-jenama external hard disk lain seperti Maxtor & Buffalo. Maknanya, kalo korang beli external hard disk Buffalo, sama jer korang beli brand Seagate sebab barang dalam sama. Tapi, kelebihan Buffalo ni ialah anti-shock. Jatuh gegar sikit-sikit pun takde hal. Bagi pendapat aku pulak, semua external hard disk pun kalau jatuh mesti rosak. Komponen dalam tu bukannya tahan sangat, so pokok pangkalnya gunakan dengan cermat.
Kapasiti
Sejak berjinak-jinak dalam bidang fotografi ni, banyak fail-fail aku yang bersaiz besar. Gambar-gambar ni memang saja aku biarkan dalam resolution tinggi, nanti senang nak edit & takde masalah untuk print saiz besar. So, aku decide nak amik external hard disk dengan kapasiti 1 Terrabyte (1TB).
Harga
Disebabkan kekangan kewangan, aku just letakkan budget tak lebih dari RM300. Aku akan cuba survey kedai-kedai yang mana murah. Value for money katanya...
**********
Ehsan: swisspac.com.my |
Tapi bila aku sampai jer kat PC Fair tu, average harga untuk WD Passport Essential ni lebih kurang RM340 untuk kapasiti 1TB. Maknanya dah lari dari budget aku.
Lepas tawaf PISA tu 3-4 kali & survey harga paling murah dengan spec yang aku nak, akhirnya aku terbeli la Seagate Expansion Portable Drive 1TB dengan harga RM265.
Tapi yang ni just boleh support USB 2.0 jer. Bagi aku 2.0 pun dah cukup sebab aku plan nak guna external hard disk ni sebagai storage tambahan dan back up data dari laptop aku jer. Takyah laju-laju pun takpe.
**********
Seagate Expansion Portable Drive
Bila dah beli benda ni, aku try la tengok review pengguna yang dah guna benda ni. Review dari cnet.com meletakkan 1 setengah bintang kat benda ni. Antara komen-komen negatif pengguna sehingga meletakkan rating 1 setengah bintang ialah, benda ni tak tahan lama, cepat rosak atau dengan kata lain unreliable.
Review dari testfreaks.com pulak meletakkan markah 8.9 untuk benda ni. Rata-rata pengguna berpuas hari dengan performance benda ni dan percaya dengan brand Seagate.
Dan review seterusnya datang dari website Seagate sendiri. Dan rata-rata pengguna jugak berpuas hati dengan legasi dari jenama Seagate ni.
Apa-apa pun, benda ni dah jadi milik aku sekarang dan aku akan gunakan dengan sebaik mungkin. Sejauh mana jenama ni mampu bertahan pada aku ? Kita tunggu jer la.
yang ni plug and play je erk..?? takde suis kan..?? aku dulu pernah gak beli external 1TB seagate, jenis ada suis.. leceh ah! sekrang dah rosak disebabkan penggunaan melebihi kemampuan HD tuh...
ReplyDelete<a href="http://eastbullet.com/>EastbulletDotCom</a>
Yg ni pun guna just untuk back up data. Risau gak kalau bnda ni rosak. Byk data berharga simpan kat sini.
ReplyDeleteRasa nak beli satu...tengah survey2.
ReplyDeleteRasa nak beli satu...tengah survey2.
ReplyDelete