Hari ni genap setahun kejadian tsunami yang melanda Jepun. Satu festival diadakan di Pulau Pinang bagi memperingati kejadian tsunami tersebut. Spring Akari Festival diadakan di Straits Quay, Pulau Pinang pada 10 & 11 Mac 2012. Banyak acara diadakan sempena festival ni.
Aku pulak melayan pameran yang diadakan. Memang menyentuh hati bila tengok gambar-gambar semasa tsunami yang melanda Jepun pada tahun 2011.
Pameran kebudayaan Jepun |
Ruang pameran |
Ruang pameran |
Gambar kejadian tsunami Jepun 2011 |
Tinggalkan mesej anda |
Daripada Ali bin Abu Talib berkata, Nabi Muhammad saw telah bersabda :
"Apabila umatku melakukan 15 perkara, pasti turun bencana menimpa mereka. Lima belas perkara itu adalah seperti berikut :-
1. Menganggap kekuasaan sebagai suatu perniagaan mencari keuntungan.
2. Menganggap amanah seperti ghanimah (harta rampasan perang).
3. Menganggap membayar zakat adalah merugikan.
4. Lelaki atau suami tunduk kepada isterinya.
5. Anak derhaka kepada ibunya.
6. Anak lebih taat kepada kawannya berbanding kepada orang tuanya.
7. Anak membenci ayahnya.
8. Ramai orang menjerit-jerit di dalam masjid.
9. Pemimpin adalah orang yang rendah budinya.
10.Orang ditakuti kerana kejahatannya.
11. Minuman arak berleluasa.
12. Ramai orang memakai sutera.
13. Penari wanita berleluasa.
14. Muzik dimainkan di merata-rata tempat.
15. Umat Islam pada hari ini mengutuk umat terdahulu termasuk para sahabat , tabiin dan imam.
Maka pada saat itu, tunggulah datangnya azab termasuk angin merah, gempa bumi, tanah runtuh dan kemusnahan." (Hadis Riwayat Tirmizi)
Nabi berkata, " Ada dua jenis perbuatan yang mendapat seksaan dengan segera di dunia iaitu perbuatan berzina dan menderhaka kepada ibu bapa." (Hadis Riwayat Bukhari)
Aisyah berkata, Nabi Muhammad saw berkata, "Amal kebajikan yang disegerakan balasannya di dunia adalah berbakti kepada orang tua dan menyambung tali silaturrahim. Kejahatan yang disegerakan seksaannya adalah berzina, menderhaka kepada ibu bapa dan memutuskan tali silaturrahim." (Hadis Riwayat Imam Tirmiz dan Ibnu Majah)
~renung-renungkan dan selamat beramal~
No comments:
Post a Comment