30 April 2012

Jom Ronda-Ronda Cari Makan Di Pulau Aman

Kali ni group Jom Ronda-ronda Cari Makan Di Utara (JRRCMDU) menjelajah Pulau Aman. Cerita pasal Pulau Aman ni aku dah pernah cerita dalam entry sebelum ni. Tapi kali ni penjelajahan ke Pulau Aman dengan group JRRCMDU pulak.


Sekadar gambar introduction

Penjelajahan kali ni disertai seramai 19 orang. Meet point adalah di R&R Juru pkl 9 pagi. Lepas semua orang berkumpul & diiringi bacaan doa, semua peserta mula bergerak lebih kurang pkl 10 pagi menuju ke Jeti Batu Musang.


Bergambar di R&R Juru, tapi rasa mcm suasana oversea.

Plan asal masa sampai Pulau Aman nak book tempat makan dulu, tapi disebabkan ramai umat yang melawat Pulau Aman hari tu, so terpaksa la cari tempat duduk siap-siap. Terus order makan & makan bergilir-gilir sebab tempat tak cukup.


Makan

Kat Restoran Terapung Pulau Aman ni kitorang sempat berkenalan dengan satu lagi group Facebook yang mempunyai misi yang sama dengan JRRCMDU, PG Food Hunter A Team. Group ni group makan versi Cina. Diorang ni sangat friendly dan kitorang sempat la berborak sambil share tempat makan yang best-best.


Collaboration 2 team: PG Food Hunter A Team kat meja sebelah


Makanan laut kat sini korang boleh beli dari nelayan dan mintak restoran tolong masakkan. Banyak jenis makanan laut korang boleh pilih. Ada udang, sotong, ketam & udang lipan. Semuanya fresh dari laut.

Udang segar


Udang lipan, sekilo RM90


Lepas makan-makan, ada sesi berjalan-jalan di sekitar Pulau Aman. So kitorang pun pegi la melawat tempat-tempat menarik kat sini. Antaranya Pokok Sukun Tertua & Telaga Mas.


Incik Sukun & Incik Pulut


Telaga Mas



Group photo berlatarbelakang Restoran Terapung




Event hari tu habis lebih kurang pkl 2 petang. Balik dari Pulau Aman, kitorang makan dessert kat Jeti Batu Musang pulak. Menu special, ABC.

So, ke mana pulak next trip group JRRCMDU ???


21 April 2012

Penang Flickr Metro Outing III

Tak nak tulis banyak-banyak, just layan gambar jer. Outing Penang Flickr kali ni bertemakan model atau talent. Event berlangsung kat Taman Perbandaran atau Youth Park, Penang.

# klik pada gambar untuk paparan yang lebih mengancam


Bukan talent, sekadar intro. Gambar ini dibayar siarannya.














































# abaikan kesilapan framing terhadap subjek. Newbie katanya...




11 April 2012

Ladang Anggur Tasik Beris


Sebut jer Tasik Beris ramai yang tertanya-tanya, 'kat mana tu ?'. Aku pun first time sampai kat kawasan Tasik Beris ni. Tasik Beris ni terletak dalam daerah Sik, Kedah. Tasik ni terbentuk hasil dari pembinaan Empangan Beris. Bukan Tasik Beris yang aku nak cerita dalam entry kali ni, tapi Ladang Anggur yang ada kat sini.

Kita layan gambar Tasik Beris dulu...

Ladang Anggur Tasik Beris ni bukak setiap hari mula jam 9.30 pagi sampai 6.30 petang. Bayaran masuk pulak RM4 untuk dewasa & RM2 untuk kanak-kanak. Bagi budak-budak sekolah yang buat rombongan & pakai baju sekolah, diorang boleh masuk free...


Pintu masuk ladang anggur


Kawasan ladang anggur


Pelantar utk pengunjung melayan keindahan Tasik Beris


Pokok anggur


Tak boleh petik katanya....


Pokok anggur


Buah anggur hitam


Buah anggur hijau



Tanam anggur ikut fasa


Cafe: Sambil minum jus anggur boleh tgk pemandangan Tasik Beris


Keindahan landskap di ladang anggur


Tempat menjual cenderamata & buah anggur


Nak ke Afrika Selatan ?


Landskap ladang anggur Tasik Beris



03 April 2012

Nikon Club Photosearch


Hari Sabtu lepas, 31/03/2012 aku join event Nikon Club Photosearch. Photosearch ni macam ala-ala treasure hunt tapi dalam versi menjawab teka-teki dan shoot gambar. Semua ada 35 soalan yang perlu dijawab & 1 soalan perlu ada 1 gambar. Peserta dibahagikan kepada 3 orang satu kumpulan dan perlu selesaikan semua teka-teki tu dalam tempoh 3 jam. Jom kita tengok gambar masa event tu. Ni pun tak post semua gambar, mana yang rasa best jer aku post...


Tempat event: Banana Boutique Hotel

Taklimat sebelum pelepasan peserta

Group photo: Picture courtesy from Albert Yap

Antara soalan: Nikon pernah berpejabat di sini: Plaza MWE ???

Pesta Buah: Carnorvan Street

Who spell Karthigeyini ?

Eng Chuan Tong Tan Kongsi

Lorong Ikan

I AM NIKON

Teka teki pasal kunci

Kedai jual basikal


Georgetown White Coffee

Group aku sampai ke checkpoint terakhir dalam masa kurang 3 jam. Jenuh gak la berlari keliling Georgetown sebab nak jawab teka-teki yang diberi. Tak semua soalan dapat kitorang jawab, yang penting dapat habiskan dalam tempoh kurang 3 jam. Apa-apa pun group aku antara yang terbaik, masing-masing dok bagi idea macamana nak jawab soalan yang diberi.


Ahli Kumpulan 3: Aku, Anuar Helmi & Rosnizam Othman
(Photo courtesy Albert Yap)

Ada makan-makan: Terima kasih kepada Nikon Club


Event photosearch tu habis dalam pukul 2 petang. Masing-masing dah letih berjalan tengah panas keliling Georgetown. Bagi aku ni pengalaman yang menarik sebab berpeluang explore Georgetown dengan berjalan kaki. Rupa-rupanya banyak tempat menarik yang aku baru tau lepas join event ni.

Next event, pihak Nikon Club bercadang nak buat aktiviti macam ni jugak tapi lebih mencabar, dengar cerita siap kena naik bas, macam citer Amazing Race. Apa-apa pun aku tunggu jer event yang bakal diannounce oleh pihak Nikon Club di masa akan datang.

Sekian saja laporan aku untuk kali ni...