03 April 2012

Nikon Club Photosearch


Hari Sabtu lepas, 31/03/2012 aku join event Nikon Club Photosearch. Photosearch ni macam ala-ala treasure hunt tapi dalam versi menjawab teka-teki dan shoot gambar. Semua ada 35 soalan yang perlu dijawab & 1 soalan perlu ada 1 gambar. Peserta dibahagikan kepada 3 orang satu kumpulan dan perlu selesaikan semua teka-teki tu dalam tempoh 3 jam. Jom kita tengok gambar masa event tu. Ni pun tak post semua gambar, mana yang rasa best jer aku post...


Tempat event: Banana Boutique Hotel

Taklimat sebelum pelepasan peserta

Group photo: Picture courtesy from Albert Yap

Antara soalan: Nikon pernah berpejabat di sini: Plaza MWE ???

Pesta Buah: Carnorvan Street

Who spell Karthigeyini ?

Eng Chuan Tong Tan Kongsi

Lorong Ikan

I AM NIKON

Teka teki pasal kunci

Kedai jual basikal


Georgetown White Coffee

Group aku sampai ke checkpoint terakhir dalam masa kurang 3 jam. Jenuh gak la berlari keliling Georgetown sebab nak jawab teka-teki yang diberi. Tak semua soalan dapat kitorang jawab, yang penting dapat habiskan dalam tempoh kurang 3 jam. Apa-apa pun group aku antara yang terbaik, masing-masing dok bagi idea macamana nak jawab soalan yang diberi.


Ahli Kumpulan 3: Aku, Anuar Helmi & Rosnizam Othman
(Photo courtesy Albert Yap)

Ada makan-makan: Terima kasih kepada Nikon Club


Event photosearch tu habis dalam pukul 2 petang. Masing-masing dah letih berjalan tengah panas keliling Georgetown. Bagi aku ni pengalaman yang menarik sebab berpeluang explore Georgetown dengan berjalan kaki. Rupa-rupanya banyak tempat menarik yang aku baru tau lepas join event ni.

Next event, pihak Nikon Club bercadang nak buat aktiviti macam ni jugak tapi lebih mencabar, dengar cerita siap kena naik bas, macam citer Amazing Race. Apa-apa pun aku tunggu jer event yang bakal diannounce oleh pihak Nikon Club di masa akan datang.

Sekian saja laporan aku untuk kali ni...

3 comments: