21 July 2012

Diari Ramadhan 1433H



Syukur Alhamdulillah, tahun ni aku diberi lagi peluang untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Hari ni jugak bermula la cabaran Diari Ramadhan 1433H. Ni merupakan kesinambungan kepada cabaran Diari Ramadhan tahun lepas. Untuk pengetahuan korang, Diari Ramadhan ni merupakan koleksi-koleksi gambar yang ada kena-mengena dengan perjalanan Ramadhan aku tahun ni. Setiap hari ada 1 gambar dan ada cerita tersendiri.



# Hari pertama
1 Ramadhan 1433H : 21 Julai 2012


Penyimpan mohor besar raja-raja telah menetapkan tarikh berpuasa bagi umat Islam seluruh Malaysia jatuh pada hari Sabtu, 21 Julai 2012. Sekarang ni tarikh puasa & raya semua ikut kalendar. Dah takde elemen surprise macam tunggu pengumuman raya dulu-dulu.



# Hari ke-2
Sunrise

Hari minggu sambut puasa di kampung. Sekarang kampung aku tengah musim menuai. Bagi mereka yang kerja memungut hasil padi, kira macam letih sikit la sebab kena kerja time bulan puasa. Apa-apa pun ni la dugaan dalam pekerjaan. Semoga puasa kita dirahmati.



# Hari ke-3
Monday blues

Hari ni merupakan hari pertama bekerja di bulan puasa. Monday blues + letih puasa memang menguji kesabaran. Hasilnya memang sakit kepala la hari ni.


# Hari ke-4
Driving in the rain


Hari ni aku amik cuti rehat. Sajer jer rehat di rumah tenangkan fikiran. Time berbuka aku sebenarnya plan nak berbuka kat satu restoran di Batu Kawan, tapi tutup la pulak hari ni. At last, end up kat kedai makan Mutiara Bonda kat Juru Autocity. Time balik hujan turun dengan lebatnya.



# Hari ke-5
Payday


Hari ni 5 Ramadhan bersamaan 25 Julai 2012. Hari ni jugak merupakan hari gaji bagi kakitangan awam. Bulan ni merasa la gaji lebih sikit sebab dapat tunggakan gaji & jadual gaji baru. Lepas tu kerajaan pulak umum bonus raya setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kakitangan awam. Tapi duit ni kena la berjimat cermat sikit sebab ada misi yang lagi penting lepas ni yang memerlukan duit yang banyak. Apa-apa pun Syukur Alhamdulillah... 



# Hari ke-6
Sun & Sky


Pagi ni sunrise nampak cantik. Lepas tu ditambah pulak dengan formasi awan yang menusuk kalbu. Indah sungguh ciptaan Ilahi. Gambar ni aku snap masa on the way ke ofis. Sempat singgah jap kat tepi laut untuk snap gambar menggunakan iPad. EXIF info untuk gambar ni ialah: 1/3030s, f2.4, matrix metering.


# Hari ke-7
Grill burger


Hari ni bagi aku ialah hari makan-makan. Berbuka puasa tadi makan buffet di Jemputree. Time malam pulak layan burger grill. Burger grill kat Penang ni dah jadi macam satu fenomena pulak. Malam ni aku layan sampai 2 kedai burger grill. Street Grill Burger kat Bandar Sri Pinang & Hero Burger Bakar kat Astaka Stadium Pulau Pinang. 2-2 burger ada taste dan kelebihan masing-masing. Tak rugi kalau cuba kedua-duanya.



# Hari ke-8
Iftar @ Ixora


Seperti tahun-tahun sebelum ni, ofis aku buat majlis iftar beramai-ramai. Lokasi yang dipilih untuk tahun ni ialah Ixora Hotel, Perai. Harga buffet Ramadhan ialah RM50. Perbincangan untuk mengadakan majlis iftar ni dah dibuat sebulan lebih awal untuk memudahkan rakan-rakan lain merancang aktiviti mereka dan menyediakan peruntukan sebelum duit habis. Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi hadir memeriahkan majlis iftar pada kali ini.



# Hari ke-9
Pasar Ramadhan Tg Tokong


Hari ni aku terjah ke param (Pasar Ramadhan) Tanjung Tokong. Lokasi param untuk tahun ni dah berubah. Tahun ni diorang buat kat tapak sebelah masjid Tanjung Tokong. So, takde la mengganggu jalan utama ke Batu Feringghi. Tapi lokasi kali ni agak berhabuk sikit sebab tanah berpasir. Tak sesuai untuk makanan yang terdedah.


# Hari ke-10
White balance


"Dari Anas R.A, bahawasannya Rasulullah S.A.W. telah bersabda, "Bukanlah yang terbaik diantara kamu orang yang meninggalkan urusan dunianya kerana (mengejar) urusan akhiratnya, dan bukan pula (orang yang terbaik) orang yang meninggalkan akhiratnya kerana mengejar urusan dunianya, sehingga ia memperoleh kedua-duanya, kerana dunia itu adalah (perantara) yang menyampaikan ke akhirat, dan janganlah kamu menjadi beban orang lain."



# Hari ke-11
Penang International Airport


Hari ni berbuka puasa di airport sebab menunggu ketibaan seseorang. Airport Penang sekarang ni tengah buat major renovation. Keadaan terminal sangat berhabuk & panas. Majlis pecah tanah dilakukan pada Disember 2010 dan renovation dijangka siap pada Julai 2012. Tapi dengar ceritanya renovation siap lambat lagi atas sebab-sebab teknikal. Hmmmm....


# Hari ke-12
Berzakat membawa berkat


Alhamdulillah, hari ni aku menunaikan salah satu dari Rukun Islam iaitu membayar zakat fitrah. Tapi kita jangan lupa pulak yang zakat bukan setakat zakat fitrah jer. Ada lain-lain zakat lagi macam zakat pendapatan, zakat harta, zakat emas & macam-macam lagi. Tahun ni bayar zakat untuk sorang jer. Insyallah kalau panjang umur & ada jodoh, tahun depan maybe bayar zakat untuk orang lain jugak...



# Hari ke-13
Water drop yg tak jadi


Hari ni takde tema nak amik gambar untuk Diari Ramadhan. Gambar ni hanyalah sekadar penghilang boring sementara menunggu waktu berbuka puasa tadi. Sebenarnya aku plan nak amik gambar water drop, tapi tak jadi la pulak. Dapat gambar kocakan air ni pun jadi la.



# Hari ke-14
KFC with green curry


Memang tak dinafikan aku ni jenis yang mudah terpengaruh dengan iklan. KFC baru jer memperkenalkan ayam goreng dengan kuah kari hijau Thai. Lepas berbuka puasa jer aku terus ke KFC untuk cuba produk baru ni. Rasa kari hijau Thai memang sedap. Pandai pulak KFC ni cipta perisa yang pelbagai yer...



# Hari ke-15
Check blood pressure


Hari aku aku berbuka puasa di kampung. Rumah kat kampung ada alat untuk check tekanan darah. Ni la bacaan tekanan darah aku buat masa sekarang. Rasanya ok kot...



# Hari ke-16
Rezeki


Hari ni dok seronok bermain macro kat sekeliling rumah. Semut dok hurung buah rambutan pun nampak menarik. Dah rezeki masing-masing. Surah Al-Fatir [3]:
          Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Dia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?



# Hari ke-17
Nuzul Quran


Hari ni merupakan hari Nuzul Quran. Banyak negeri-negeri di Malaysia yang bercuti pada hari ni. Sempena Nuzul Quran ni, marilah kita memperbanyakkan amal ibadat dengan membaca Al-Quran. Semoga kita beroleh keberkatan dariNya.

# Hari ke-18
Gila kacang


Hari ni sempat membeli kacang & kerepek di Mak Mandin untuk makanan sempena raya. Sebelum ni dengar orang jer sebut tempat beli kacang ni tapi kali ni aku pegi sendiri. Macam-macam pilihan kacang & kerepek ada kat sini. Harga pun murah. Jangan gila membeli sudah la.



# Hari ke-19
Night shot @ LTDLCE


Hari ke 19 berpuasa bermakna malam ni merupakan malam 10 terakhir Ramadhan. Aku saja jer shoot gambar malam kat kawasan rumah sebagai simbolik kepada malam Lailatul Qadar. Semoga kita dapat memperbanyakkan amalan di 10 malam terakhir Ramadhan ini.



# Hari ke-20
Duit raya


Hari ni aku tukar duit raya. Budget raya tahun ni kurang sikit sebab nak guna untuk tujuan lain yang lebih penting. Hanya niatkan duit raya ni sebagai sedekah jer untuk budak-budak. Biar diorang rasa seronok sikit beraya.


# Hari ke-21
Idrus Ikan Bakar


Hari ni berbuka di Idrus Ikan Bakar, Batu Uban sempena meraikan farewell rakan opis yang akan bertukar minggu depan. Kat area ni memang favourite spot setiap kali bulan Ramadhan. Punya la ramai orang, dah macam pesta makan pulak.


# Hari ke-22
Syaz Buffet Steamboat & Grill


Hari ni iftar di Syaz Buffet Steamboat & Grill di Perai dengan geng Jom Ronda-Ronda Cari Makan di Utara. Kedai ni baru sebulan beroperasi. Cara hidangan masak sendiri bahan mentah yang disediakan atas grill & periuk yg disediakan. Harga buffet RM21.90 utk dewasa. Memang berbaloi...


# Hari ke-23
Masjid Jamek Bagan Lebai Tahir


Hari ni aku pegi ke Pasar Ramadhan Teluk Air Tawar. Sajer cari kelainan makanan kat sini pulak. On the way balik sempat shoot gambar matahari yang dilindungi jerebu. Gambar ni berlatarbelakangkan Masjid Jamek Bagan Lebai Tahir, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang.



# Hari ke-24
Hari Kidal Sedunia


Hari ke 24 Ramadhan bersamaan 13 Ogos 2012. Aku sebenarnya baru tahu yang setiap 13 Ogos merupakan Hari Kidal Sedunia. Aku yang tergolong dalam kategori kidal ni merasa terharu terhadap pengiktirafan yang diberikan terhadap insan-insan kidal. Ikut statistik, 1 daripada 10 penduduk dunia adalah kidal.


# Hari ke-25
Internet Blackout Day


Kalau semalam merupakan Hari Kidal Sedunia, hari ni pulak merupakan Hari Internet Blackout Day. Internet Blackout Day merupakan hari bantahan rakyat terhadap pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950. Jom sama-sama kita fahamkan isi kandungan Seksyen 114A ni.


# Hari ke-26
Kad Raya


Zaman sekarang ni tradisi menghantar kad raya semakin dilupakan. Orang sekarang lagi prefer untuk hantar email atau sms jer sebagai ganti kad raya. Tapi hari ni aku terima kad raya yang pertama untuk tahun ni. Kalau ada siapa-siapa yang nak hantar kad raya lagi, dipersilakan la yer...


# Hari ke-27
Penang Sunrise


Tadi lepas subuh tak boleh tido. Tengok cuaca pun elok, takde jerebu. So, aku decide nak shoot sunrise. Tempat yang dituju ialah Teluk Tempoyak. Ni la gambar yang sempat dirakamkan dari lensa kamera aku. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Ilahi.


# Hari ke-28
Sunset @ Semanggol


Hari ni ronda-ronda kawasan kampung sambil menikmati keindahan alam. Ni la gambar untuk koleksi Diari Ramadhan hari ke 28.


# Hari ke-29
Pokok Kelapak


Hari ni Insyallah hari terakhir umat Islam di Malaysia menyambut Ramadhan. Esok dah nak raya. Apa yg best duduk di kampung ialah semua bahan mentah untuk persiapan hari raya ada di sini. Nak kelapa boleh panjat, nak serai ada, nak ayam boleh sembelih. Tak perlu la nak beratur panjang kat pasar.

Gambar ni jugak merupakan penutup Diari Ramadhan 1433H untuk kali ni. Insyallah jika diberi kesempatan kita berjumpa lagi di tahun depan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.






20 July 2012

DIY Drybox



Hari ni aku cerita sikit pasal drybox atau dry cabinet. Apa tu drybox ? Drybox ni ialah tempat simpan peralatan yang sensitif kepada kelembapan. Contoh peralatan yang sensitif kepada kelembapan ialah filem, kamera & lens. Kelembapan ni ialah faktor kepada peralatan seperti kamera & lens anda terkena kulat/fungus. So, untuk mengelakkan barang kamera anda yang berharga ribuan ringgit dari terkena kulat, so digalakkan peralatan kamera tersebut disimpan di dalam drybox. Ni merupakan contoh-contoh drybox yang berada dalam pasaran. Harga paling murah pun dalam anggaran RM200.

  



Tapi untuk entry kali ni aku nak cerita sikit pasal DIY drybox atau drybox buatan sendiri. Kalau tak mampu beli drybox mahal, boleh la try buat drybox ni sendiri. Modal pun tak banyak.



Sticker 'I AM NIKON' dijual berasingan

Barang utama yang korang perlukan ialah tong plastik atau orang biasa sebut tong beras. Saiz takde la besar sangat, saiz sedang-sedang jer. Tong ni aku beli kat Tesco dengan harga RM15. Maybe korang boleh dapat murah lagi kat mana-mana supermarket.





Benda yang kaler ungu kebiru-biruan ni ialah silica gel. Untuk pengetahuan korang, perkara pokok dalam mencegah pembentukan kulat ialah kelembapan. Silica gel ni berfungsi untuk menyerap kelembapan yang berada di udara. Dengan udara & suhu Malaysia sekarang, tahap kelembapan udara berada pada tahap RH 75%. (RH= relative humidity). RH bagi pembentukan kulat ialah pada tahap 70% ke atas. So, dengan adanya silica gel ni, kita harap tahap RH di dalam drybox dapat dikurangkan kepada < 70%. Silica gel ni korang boleh beli dengan harga RM20 utk 2 kotak. Silica gel ni korang boleh guna berulang kali. Bila kaler dah berubah jadi pink, korang bolehlah panaskan bawah matahari atau dalam microwave untuk buang semua wap air yang terkumpul dalam silica gel.





Benda ni dipanggil Hygrometer. Hygrometer ni berfungsi untuk menyukat tahap kelembapan udara. Benda ni aku beli dengan harga RM58 kat ebay. Benda ni optional jer, tak perlu pun takpe. Aku beli sebab benda ni jugak berfungsi sebagai alarm clock untuk bangun pagi. Tapi kalau korang nak beli jugak, korang boleh dapat yang lagi murah yang jenis analog dengan harga lebih kurang RM15-RM20.






Ni adalah hasil eksperimen aku meletakkan 2 biji silica gel dalam tong plastik. Tahap RH yang direkodkan ialah lebih kurang 66%.





Ni pulak hasil eksperimen aku meletakkan 4 biji silica gel dalam tong plastik. Tahap RH yang direkodkan ialah di antara 51% hingga 55%. Sebenarnya RH yang ideal untuk menyimpan kamera dan lens adalah pada tahap 40% hingga 45%. Korang tak digalakkan untuk meletakkan barang kamera pada tahap RH < 40% sebab akan menyebabkan getah grip pada kamera merekah dan bendalir dalam lens & kamera menjadi kering. So, bagi aku tahap 54% ni pun dah mencukupi.





Inilah barang-barang dalam DIY drybox aku. Total cost untuk buat DIY drybox ni lebih kurang RM50.

Selamat mencuba...


P/S: Korang boleh beli Silica Gel ni kat SINI...

03 July 2012

Instagram




Entry permulaan untuk bulan Julai 2012 ni aku mulakan dengan Instagram. Apa tu Instagram ? Instagram ni ialah application photo sharing bagi pengguna iPhone dan Android Market. Pada awal penubuhan Instagram, application ni mmg femes dan jadi kebanggaan di kalangan pengguna iOS iaitu pengguna iPhone & iPad.

Instagram ni dibuka untuk pengguna Android pada April 2012. So, pengguna Instagram ni jadi lebih meluas lagi la. Apa yang best pasal Instagram ni ialah, application ni boleh edit gambar dengan cara yang mudah. Editing Instagram ni dari segi efek gambar ala-ala retro gitu. Ada efek Amaro, Rise, Hudson, X-Pro II, Sierra, Lo-fi dan macam-macam lagi la. Gambar-gambar yang korang post kat Instagram ni jugak korang boleh share dengan Facebook, Twitter, Flickr, Tumblr & Foursquare.

Instagram ni jugak korang boleh hashtag #. Hashtag ni macam group untuk sesuatu gambar. Contoh kalau korang post gambar pemandangan, korang hashtag la #landscape dan perkataan lain yang sewaktu dengannya. Ada banyak lagi la hashtag yang best-best macam #instagood #instamood #hipsmatic #instagramhub #igmalaysia dan banyak lagi.

Jom kita tengok antara koleksi-koleksi gambar Instagram aku. Ni pun tak post semua gambar. Yang rasa menarik jer aku post. Semua gambar ni aku snap guna iPad.









































Baru-baru ni jugak, aku cuba melangkah setapak lagi dalam bidang Instagram ni dengan cuba membuka galeri sendiri. Dengan ada galeri ni, gambar-gambar yang aku post dalam Instagram boleh dijual dalam bentuk photocanvas. Buat masa ni galeri belum dibuka dan memerlukan request dari orang ramai. Kalau korang nak undi aku untuk bukak galeri ni boleh klik kat URL ni.


P/S: Korang jugak boleh follow aku kat Instagram. Just cari nama asrafjay



* Berita terkini: Galeri Instacanvas aku dah dibuka untuk pameran dan jualan mulai 09.07.2012. Jemput la melawat yer...