Syukur Alhamdulillah, tahun ni aku diberi lagi peluang untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Hari ni jugak bermula la cabaran Diari Ramadhan 1433H. Ni merupakan kesinambungan kepada cabaran Diari Ramadhan tahun lepas. Untuk pengetahuan korang, Diari Ramadhan ni merupakan koleksi-koleksi gambar yang ada kena-mengena dengan perjalanan Ramadhan aku tahun ni. Setiap hari ada 1 gambar dan ada cerita tersendiri.
# Hari pertama
1 Ramadhan 1433H : 21 Julai 2012 |
Penyimpan mohor besar raja-raja telah menetapkan tarikh berpuasa bagi umat Islam seluruh Malaysia jatuh pada hari Sabtu, 21 Julai 2012. Sekarang ni tarikh puasa & raya semua ikut kalendar. Dah takde elemen surprise macam tunggu pengumuman raya dulu-dulu.
# Hari ke-2
Sunrise |
Hari minggu sambut puasa di kampung. Sekarang kampung aku tengah musim menuai. Bagi mereka yang kerja memungut hasil padi, kira macam letih sikit la sebab kena kerja time bulan puasa. Apa-apa pun ni la dugaan dalam pekerjaan. Semoga puasa kita dirahmati.
# Hari ke-3
Monday blues |
Hari ni merupakan hari pertama bekerja di bulan puasa. Monday blues + letih puasa memang menguji kesabaran. Hasilnya memang sakit kepala la hari ni.
# Hari ke-4
Hari ni aku amik cuti rehat. Sajer jer rehat di rumah tenangkan fikiran. Time berbuka aku sebenarnya plan nak berbuka kat satu restoran di Batu Kawan, tapi tutup la pulak hari ni. At last, end up kat kedai makan Mutiara Bonda kat Juru Autocity. Time balik hujan turun dengan lebatnya.
# Hari ke-5
Payday |
Hari ni 5 Ramadhan bersamaan 25 Julai 2012. Hari ni jugak merupakan hari gaji bagi kakitangan awam. Bulan ni merasa la gaji lebih sikit sebab dapat tunggakan gaji & jadual gaji baru. Lepas tu kerajaan pulak umum bonus raya setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kakitangan awam. Tapi duit ni kena la berjimat cermat sikit sebab ada misi yang lagi penting lepas ni yang memerlukan duit yang banyak. Apa-apa pun Syukur Alhamdulillah...
# Hari ke-6
Sun & Sky |
Pagi ni sunrise nampak cantik. Lepas tu ditambah pulak dengan formasi awan yang menusuk kalbu. Indah sungguh ciptaan Ilahi. Gambar ni aku snap masa on the way ke ofis. Sempat singgah jap kat tepi laut untuk snap gambar menggunakan iPad. EXIF info untuk gambar ni ialah: 1/3030s, f2.4, matrix metering.
# Hari ke-7
Grill burger |
Hari ni bagi aku ialah hari makan-makan. Berbuka puasa tadi makan buffet di Jemputree. Time malam pulak layan burger grill. Burger grill kat Penang ni dah jadi macam satu fenomena pulak. Malam ni aku layan sampai 2 kedai burger grill. Street Grill Burger kat Bandar Sri Pinang & Hero Burger Bakar kat Astaka Stadium Pulau Pinang. 2-2 burger ada taste dan kelebihan masing-masing. Tak rugi kalau cuba kedua-duanya.
# Hari ke-8
Iftar @ Ixora |
Seperti tahun-tahun sebelum ni, ofis aku buat majlis iftar beramai-ramai. Lokasi yang dipilih untuk tahun ni ialah Ixora Hotel, Perai. Harga buffet Ramadhan ialah RM50. Perbincangan untuk mengadakan majlis iftar ni dah dibuat sebulan lebih awal untuk memudahkan rakan-rakan lain merancang aktiviti mereka dan menyediakan peruntukan sebelum duit habis. Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi hadir memeriahkan majlis iftar pada kali ini.
# Hari ke-9
Pasar Ramadhan Tg Tokong |
Hari ni aku terjah ke param (Pasar Ramadhan) Tanjung Tokong. Lokasi param untuk tahun ni dah berubah. Tahun ni diorang buat kat tapak sebelah masjid Tanjung Tokong. So, takde la mengganggu jalan utama ke Batu Feringghi. Tapi lokasi kali ni agak berhabuk sikit sebab tanah berpasir. Tak sesuai untuk makanan yang terdedah.
# Hari ke-10
White balance |
"Dari Anas R.A, bahawasannya Rasulullah S.A.W. telah bersabda, "Bukanlah yang terbaik diantara kamu orang yang meninggalkan urusan dunianya kerana (mengejar) urusan akhiratnya, dan bukan pula (orang yang terbaik) orang yang meninggalkan akhiratnya kerana mengejar urusan dunianya, sehingga ia memperoleh kedua-duanya, kerana dunia itu adalah (perantara) yang menyampaikan ke akhirat, dan janganlah kamu menjadi beban orang lain."
# Hari ke-11
Penang International Airport |
Hari ni berbuka puasa di airport sebab menunggu ketibaan seseorang. Airport Penang sekarang ni tengah buat major renovation. Keadaan terminal sangat berhabuk & panas. Majlis pecah tanah dilakukan pada Disember 2010 dan renovation dijangka siap pada Julai 2012. Tapi dengar ceritanya renovation siap lambat lagi atas sebab-sebab teknikal. Hmmmm....
# Hari ke-12
Berzakat membawa berkat |
Alhamdulillah, hari ni aku menunaikan salah satu dari Rukun Islam iaitu membayar zakat fitrah. Tapi kita jangan lupa pulak yang zakat bukan setakat zakat fitrah jer. Ada lain-lain zakat lagi macam zakat pendapatan, zakat harta, zakat emas & macam-macam lagi. Tahun ni bayar zakat untuk sorang jer. Insyallah kalau panjang umur & ada jodoh, tahun depan maybe bayar zakat untuk orang lain jugak...
# Hari ke-13
Water drop yg tak jadi |
Hari ni takde tema nak amik gambar untuk Diari Ramadhan. Gambar ni hanyalah sekadar penghilang boring sementara menunggu waktu berbuka puasa tadi. Sebenarnya aku plan nak amik gambar water drop, tapi tak jadi la pulak. Dapat gambar kocakan air ni pun jadi la.
# Hari ke-14
KFC with green curry |
Memang tak dinafikan aku ni jenis yang mudah terpengaruh dengan iklan. KFC baru jer memperkenalkan ayam goreng dengan kuah kari hijau Thai. Lepas berbuka puasa jer aku terus ke KFC untuk cuba produk baru ni. Rasa kari hijau Thai memang sedap. Pandai pulak KFC ni cipta perisa yang pelbagai yer...
# Hari ke-15
Check blood pressure |
Hari aku aku berbuka puasa di kampung. Rumah kat kampung ada alat untuk check tekanan darah. Ni la bacaan tekanan darah aku buat masa sekarang. Rasanya ok kot...
# Hari ke-16
Rezeki |
Hari ni dok seronok bermain macro kat sekeliling rumah. Semut dok hurung buah rambutan pun nampak menarik. Dah rezeki masing-masing. Surah Al-Fatir [3]:
Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Dia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?
# Hari ke-17
Nuzul Quran |
Hari ni merupakan hari Nuzul Quran. Banyak negeri-negeri di Malaysia yang bercuti pada hari ni. Sempena Nuzul Quran ni, marilah kita memperbanyakkan amal ibadat dengan membaca Al-Quran. Semoga kita beroleh keberkatan dariNya.
# Hari ke-18
Gila kacang |
Hari ni sempat membeli kacang & kerepek di Mak Mandin untuk makanan sempena raya. Sebelum ni dengar orang jer sebut tempat beli kacang ni tapi kali ni aku pegi sendiri. Macam-macam pilihan kacang & kerepek ada kat sini. Harga pun murah. Jangan gila membeli sudah la.
# Hari ke-19
Night shot @ LTDLCE |
Hari ke 19 berpuasa bermakna malam ni merupakan malam 10 terakhir Ramadhan. Aku saja jer shoot gambar malam kat kawasan rumah sebagai simbolik kepada malam Lailatul Qadar. Semoga kita dapat memperbanyakkan amalan di 10 malam terakhir Ramadhan ini.
# Hari ke-20
Duit raya |
Hari ni aku tukar duit raya. Budget raya tahun ni kurang sikit sebab nak guna untuk tujuan lain yang lebih penting. Hanya niatkan duit raya ni sebagai sedekah jer untuk budak-budak. Biar diorang rasa seronok sikit beraya.
# Hari ke-21
Idrus Ikan Bakar |
Hari ni berbuka di Idrus Ikan Bakar, Batu Uban sempena meraikan farewell rakan opis yang akan bertukar minggu depan. Kat area ni memang favourite spot setiap kali bulan Ramadhan. Punya la ramai orang, dah macam pesta makan pulak.
# Hari ke-22
Syaz Buffet Steamboat & Grill |
Hari ni iftar di Syaz Buffet Steamboat & Grill di Perai dengan geng Jom Ronda-Ronda Cari Makan di Utara. Kedai ni baru sebulan beroperasi. Cara hidangan masak sendiri bahan mentah yang disediakan atas grill & periuk yg disediakan. Harga buffet RM21.90 utk dewasa. Memang berbaloi...
# Hari ke-23
Masjid Jamek Bagan Lebai Tahir |
Hari ni aku pegi ke Pasar Ramadhan Teluk Air Tawar. Sajer cari kelainan makanan kat sini pulak. On the way balik sempat shoot gambar matahari yang dilindungi jerebu. Gambar ni berlatarbelakangkan Masjid Jamek Bagan Lebai Tahir, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang.
# Hari ke-24
Hari Kidal Sedunia |
Hari ke 24 Ramadhan bersamaan 13 Ogos 2012. Aku sebenarnya baru tahu yang setiap 13 Ogos merupakan Hari Kidal Sedunia. Aku yang tergolong dalam kategori kidal ni merasa terharu terhadap pengiktirafan yang diberikan terhadap insan-insan kidal. Ikut statistik, 1 daripada 10 penduduk dunia adalah kidal.
# Hari ke-25
Internet Blackout Day |
Kalau semalam merupakan Hari Kidal Sedunia, hari ni pulak merupakan Hari Internet Blackout Day. Internet Blackout Day merupakan hari bantahan rakyat terhadap pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950. Jom sama-sama kita fahamkan isi kandungan Seksyen 114A ni.
# Hari ke-26
Kad Raya |
Zaman sekarang ni tradisi menghantar kad raya semakin dilupakan. Orang sekarang lagi prefer untuk hantar email atau sms jer sebagai ganti kad raya. Tapi hari ni aku terima kad raya yang pertama untuk tahun ni. Kalau ada siapa-siapa yang nak hantar kad raya lagi, dipersilakan la yer...
# Hari ke-27
Penang Sunrise |
Tadi lepas subuh tak boleh tido. Tengok cuaca pun elok, takde jerebu. So, aku decide nak shoot sunrise. Tempat yang dituju ialah Teluk Tempoyak. Ni la gambar yang sempat dirakamkan dari lensa kamera aku. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Ilahi.
# Hari ke-28
Sunset @ Semanggol |
Hari ni ronda-ronda kawasan kampung sambil menikmati keindahan alam. Ni la gambar untuk koleksi Diari Ramadhan hari ke 28.
# Hari ke-29
Pokok Kelapak |
Hari ni Insyallah hari terakhir umat Islam di Malaysia menyambut Ramadhan. Esok dah nak raya. Apa yg best duduk di kampung ialah semua bahan mentah untuk persiapan hari raya ada di sini. Nak kelapa boleh panjat, nak serai ada, nak ayam boleh sembelih. Tak perlu la nak beratur panjang kat pasar.
Gambar ni jugak merupakan penutup Diari Ramadhan 1433H untuk kali ni. Insyallah jika diberi kesempatan kita berjumpa lagi di tahun depan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
suka sangat pic mesin padi tu! very the kampong feeling..i loike!
ReplyDeletekalau nak merasa naik mesin padi meh la datang kampung saya...
Delete