18 September 2012

Expedisi Kayak Pulau Kazambo


Tahukah korang kat mana Pulau Kazambo ? Bagi mereka yang dah biasa naik jambatan Pulau Pinang dari bahagian pulau menuju ke tanah besar, kat belah kiri akan nampak dua pulau kecik sebelah jambatan. Pulau yang besar tu lah Pulau Kazambo. Pulau yang kecik sikit tu nama Pulau Ros. Ada jugak yang panggil pulau tu Pulau Korea sebab masa pembinaan jambatan, orang Korea yang bina jambatan guna pulau tu untuk lepak-lepak dan berehat.

15 September lepas aku join expedisi berkayak menuju ke Pulau Kazambo. Seramai 13 orang peserta berserta 2 orang jurulatih join event ni. Event ni dianjurkan oleh NGO, Persatuan Kereta & Kelab Rekreasi Bayan Baru. Aku ni yang dah lama tinggal aktiviti berkayak memang rasa kekok sikit la. Ni first time berkayak kat laut, biasa berkayak kat tasik jer. Perjalanan berkayak dari jeti nelayan Batu Uban ke Pulau Kazambo ambil masa lebih kurang 20 minit. Dah lama tak buat aktiviti extreme camni rasa macam nak tercabut tangan gak la. Ni antara gambar-gambar sepanjang expedisi berkayak yang sempat dirakamkan.


*klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


Briefing dari jurulatih

Bergaya dengan kayak

Credit to Unknown Photographer
 
Dah sampai Pulau Kazambo

Light Waterfront dari Pulau Kazambo

Pulau Kazambo


Ada kolam takungan air kat sini


Hidupan di Pulau Kazambo


Jambatan Pulau Pinang dari Pulau Kazambo


Awan nano


Posing dengan kayak


Riang ria di Pulau Kazambo


View Pulau Kazambo dari Pulau Ros


Pulau Ros


Bergambar kenangan di Pulau Ros


Panorama jambatan Pulau Pinang


Sepanjang pemerhatian aku kat kedua-dua pulau ni, aku tengok banyak sampah yang tersadai. Kalau ada mana-mana persatuan yang nak buat kerja amal bersihkan pulau ni memang digalakkan. Walaupun keletihan, pengalaman berkayak ke pulau ni memang tak dapat dilupakan. Kalau korang lalu jambatan Pulau Pinang, jangan lupa toleh ke Pulau Kazambo dan Pulau Ros yer....




15 September 2012

Nikon Club Photography Exhibition 2012


Nikon Club Photography Exhibition 2012 bagi peringkat Pulau Pinang telah diadakan pada 14 hingga 21 September 2012. Pameran ni diadakan di Alpha Utara Gallery, China Street, Pulau Pinang. Seramai lebih kurang 34 orang jurufoto dipilih untuk dipamerkan hasil karya mereka. Apa yang menarik pada pameran kali ni ialah aku antara 34 orang jurufoto tersebut. Jom kita tengok gambar-gambar sempena pameran yang diadakan ni.
*klik pada gambar untuk paparan lebih jelas



Alpha Utara Gallery, China Street, Penang




Participating Photographers


Ruang pameran


Ruang pameran



Antara hasil karya





Hasil karya aku: Bunga kuning


I AM NIKON


Kalau korang ada masa, jemput la melawat pameran ni. Memang banyak hasil karya yang lebih hebat dipamerkan. Semoga jadi inspirasi untuk aku berkarya dengan lebih giat lagi dalam bidang fotografi ni.


10 September 2012

Jom Ronda-Ronda Cari Makan D' Utara: Gathering Raya 2012


8 September lepas, group JRRCMDU dah menganjurkan gathering sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Tempat berlangsungnya event di The Ridge, Batu Kawan, Pulau Pinang. Tempat memang sempoi sebab atas pelantar dan menghadap laut. Tempat ni pun baru bukak jer sebenarnya.

Dianggarkan lebih kurang 100 tetamu yang hadir untuk event Gathering Raya ni. Semua sporting-sporting belaka. Ada event karaoke & cabutan bertuah. Makan pun sedap & ramai yang berpuas hati. Jom kita layan gambar-gambar menarik sepanjang event berlangsung.



Penyambut tetamu


Pendaftaran


Suasana tempat event


Ucapan alu-aluan oleh penganjur

Sesi makan-makan

Ada jugak hidangan pot luck sumbangan dari tetamu


Makan-makan

Menjamu selera sambil beramah mesra


Orang kuat JRRCMDU & orang kuat The Ridge


Group shot JRRCMDU



02 September 2012

Walk For Sight & Sound 2012


Rasa macam malas nak menulis panjang-panjang malam ni. Layan jer la gambar sempena aktiviti Walk For Sight & Sound 2012 yang diadakan pagi tadi di Lebuh Pantai, Pulau Pinang. Tahun lepas pun aku join event yang sama.
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

















Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberikan pernyataan; ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Ku-tambah nikmat-Ku kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”

(Surah Ibrahim ayat 7)