Tahukah korang kat mana Pulau Kazambo ? Bagi mereka yang dah biasa naik jambatan Pulau Pinang dari bahagian pulau menuju ke tanah besar, kat belah kiri akan nampak dua pulau kecik sebelah jambatan. Pulau yang besar tu lah Pulau Kazambo. Pulau yang kecik sikit tu nama Pulau Ros. Ada jugak yang panggil pulau tu Pulau Korea sebab masa pembinaan jambatan, orang Korea yang bina jambatan guna pulau tu untuk lepak-lepak dan berehat.
15 September lepas aku join expedisi berkayak menuju ke Pulau Kazambo. Seramai 13 orang peserta berserta 2 orang jurulatih join event ni. Event ni dianjurkan oleh NGO, Persatuan Kereta & Kelab Rekreasi Bayan Baru. Aku ni yang dah lama tinggal aktiviti berkayak memang rasa kekok sikit la. Ni first time berkayak kat laut, biasa berkayak kat tasik jer. Perjalanan berkayak dari jeti nelayan Batu Uban ke Pulau Kazambo ambil masa lebih kurang 20 minit. Dah lama tak buat aktiviti extreme camni rasa macam nak tercabut tangan gak la. Ni antara gambar-gambar sepanjang expedisi berkayak yang sempat dirakamkan.
*klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
|
Briefing dari jurulatih |
|
Bergaya dengan kayak |
|
Credit to Unknown Photographer |
|
Dah sampai Pulau Kazambo |
|
Light Waterfront dari Pulau Kazambo |
|
Pulau Kazambo |
|
Ada kolam takungan air kat sini |
|
Hidupan di Pulau Kazambo |
|
Jambatan Pulau Pinang dari Pulau Kazambo |
|
Awan nano |
|
Posing dengan kayak |
|
Riang ria di Pulau Kazambo |
|
View Pulau Kazambo dari Pulau Ros |
|
Pulau Ros |
|
Bergambar kenangan di Pulau Ros |
|
Panorama jambatan Pulau Pinang |
Sepanjang pemerhatian aku kat kedua-dua pulau ni, aku tengok banyak sampah yang tersadai. Kalau ada mana-mana persatuan yang nak buat kerja amal bersihkan pulau ni memang digalakkan. Walaupun keletihan, pengalaman berkayak ke pulau ni memang tak dapat dilupakan. Kalau korang lalu jambatan Pulau Pinang, jangan lupa toleh ke Pulau Kazambo dan Pulau Ros yer....
Blackjack Casino Promo Code | $10 FREE + $10 - JTM Hub
ReplyDeleteWe have partnered with the leading 제천 출장안마 real 태백 출장마사지 money Blackjack Casino promo code LEGALRF for 전라북도 출장마사지 the 동두천 출장안마 first 이천 출장안마 time. Learn about the bonus and