Ducati |
30 November 2011
23 November 2011
20 November 2011
Penang Bridge International Marathon 2011
Hari ni aku malas nak menulis, just nak share gambar di sekitar acara Penang Bridge International Marathon 2011 yang diadakan pada hari ini.
Garisan penamat |
Garisan permulaan |
Dah start berlari |
View dari jejantas |
Kudaku lari gagah berani... |
Beri laluan ! |
Selalu org shoot dari bawah jmbtn, tapi aku shoot dari atas jmbtn |
Lebuhraya E36 |
Jarang kita tgk Jambatan Pulau Pinang clear cmni |
Air mineral |
Sekali sekala layan sunrise atas jambatan |
Jambatan Pulau Pinang |
Aku |
Tolong menolong orang yang sakit |
Kebanyakan pemenang dari negara Kenya |
P/S: Gambar-gambar yang dipaparkan terpaksa diletak watermark untuk menjaga hakcipta.
Perhatian: Pihak penganjur sedang mengadakan Pertandingan Fotografi sempena Penang Bridge International Marathon 2011. Gambar-gambar yang dipaparkan di dalam blog ini tidak boleh disalin, dicetak, disunting atau dimanipulasi tanpa kebenaran pemilik gambar. Harap maklum.
16 November 2011
15 November 2011
Anda berminat bekerja di awan biru ?
![]() |
Picture courtesy: worldscrews.blogspot.com |
Berita baik bagi korang yang berminat nak bekerja di awan biru sebagai Pramugari & Pramugara. Aku kat sini nak offer peluang bagi mereka yang berminat untuk menjadi krew penerbangan di Malaysia Airlines, Singapore Airlines, Air Asia, Qatar Airways, Emirates, Firefly dan sebanyak 38 lagi syarikat penerbangan lain. Antara syarat-syarat yang perlu korang lepas sebelum menjalani latihan menjadi cabin crew ni adalah:
1. Berumur 26 tahun ke bawah
2. Sihat tubuh badan
3. Tinggi minimun 157cm untuk perempuan dan 163cm untuk lelaki
4. Kredit dalam subjek Bahasa Inggeris dan 2 subjek lain dalam SPM
5. Tiada sebarang kesan parut yang jelas kelihatan di tubuh badan
Kalau korang dah lepas syarat-syarat ni, so dah boleh start berangan menjadi pramugari & pramugara. Next step, korang akan dilatih di APTECH AVIATION & HOSPITALITY ACADEMY yang terletak di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur selama 3 bulan. Dalam tempoh 3 bulan tu korang akan diajar cara-cara grooming, swimming, bahasa dan macam-macam lagi la yang berkaitan dengan kerja cabin crew ni.
Academy ni buat pengambilan setiap 3 bulan iaitu pada bulan Mac, Jun, September & Disember. Yuran pengajian sepanjang kursus adalah sebanyak RM5,500. Kalau korang dipilih menjalani kursus kat sini, korang perlu bayar RM300 untuk pendaftaran dan bakinya boleh dibayar selepas start kelas.
Korang cuma perlu modal RM5,500 jer untuk mencapai impian menjadi cabin crew di syarikat penerbangan terkemuka dunia. Lepas tu korang boleh la enjoy gaji cabin crew yang berlipat kali ganda dan menikmati faedah-faedah lain.
So, kepada mereka yang berminat especially yang tengah amik SPM, belajar rajin-rajin dan score dalam semua subjek. Untuk maklumat lanjut berkenaan menjadi cabin crew ni bolehlah email kat aku di: adiputra82@gmail.com
"A CAREER in the clouds, A well-respected PROFESSION with REWARDS, unsurpassed. CABIN CREWS..."
10 November 2011
Rakyat Malaysia Workaholic ???
![]() |
Courtesy: previously-me.blogspot.com |
1 fakta diperolehi dari kajian oleh Regus (supplier of workplace solutions) mendapati 47% pekerja di Malaysia membawa pulang kerja mereka di rumah selepas waktu pejabat sebanyak 3 kali seminggu berbanding statistik global iaitu 43%.
15% daripada pekerja Malaysia biasanya bekerja 11 jam sehari, berbanding 10% statistik di peringkat global.
Kajian juga menunjukkan 32% pekerja Malaysia biasanya bekerja selama 9 hingga 11 jam sehari.
Kajian ini dilakukan terhadap 12,000 syarikat di dalam 85 negara.
Selain itu, statistik kajian juga menunjukkan bahawa pekerja perempuan kurang berminat untuk membawa pulang kerja mereka di rumah berbanding lelaki. 32% pekerja wanita akan membawa pulang kerja mereka berbanding lelaki sebanyak 48%.
P/S: Rakyat Malaysia sememangnya Workaholic !
Sumber dan terjemahan dari thestar.com.my
**********
Kalau nak diikutkan, kerja sampai bila-bila pun takkan abis. Ingat lagi dialog P.Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, "1 hari 8 jam kerja, Sabtu setengah hari, Ahad public holiday, kalau nak Isnin boleh laaaa".
Renung-renungkan kata-kata kat bawah ni untuk panduan kita bersama...
09 November 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)