28 September 2011

Wordless Wednesday # 2




My PC wallpaper for this month

25 September 2011

Segmen : Blog list Dunia CMRatu




Dunia CMRatu sedang mengadakan satu segmen bagi mempromosikan template blog baru mereka. Tujuan segmen ini adalah untuk mengisi ruangan blog list dalam template baru ini. Meraka akan senaraikan 50 blogger pertama yang ambil bahagian di ruang utama (http://cmratu.blogspot.com/) blog Dunia CMRatu yang berstatus pagerank 2.

Mereka akan membuka segmen ini selama seminggu iaitu dari 25 Semptember 2011 hingga 2 Oktober 2011. Siapa yang berminat hanya perlu lengkapkan syarat-syarat berikut.

  1. Buat satu entry khas bertajuk "Segmen : Blog list Dunia CMRatu"
  2. Letakkan gambar/banner di atas dan linkkan ke Dunia CMRatu.
  3. Kemudian komen tentang template baru blog Dunia CMRatu. Tidak kisah negatif atau positif, yang penting jujur.
  4. Copy dan paste " Segmen ini ditaja oleh cmratu.com dan cmratu.blogspot.com " di bahagian bawah komen tentang template.
  5. Dan akhir sekali paste link entry anda di bahagian komen entry ini.


Itu sahaja syaratnya. Mereka akan cuba update blog list secepat mungkin selepas menyemak blog2 yang menepati syarat. Nak follow blog ini atau tidak bukan paksaan, terpulang pada masing-masing. Kalau tak keberatan boleh juga LIKE page CMRatu Fotografi di Facebook. Satu lagi kalau tak kisah boleh Tag rakan blogger yang lain.

Jom la. Siapa cepat dia di atas.

Segmen ini ditaja oleh cmratu.com dan cmratu.blogspot.com  

22 September 2011

Bonus dan kenaikan gaji untuk kakitangan awam ?






Bisik-bisik: Menurut sumber yang boleh dipercayai, kerajaan akan mengumumkan bonus 1 setengah bulan gaji dan kenaikan gaji untuk kakitangan awam.

Sejauh mana kebenarannya ? Sama-sama kita tunggu pembentangan Budget 2012 yang akan diumumkan pada 7 Oktober nanti.

21 September 2011

Wordless Wednesday # 1

Gambar ini tiada kena mengena dengan diri aku. Gambar ini dibayar siarannya.

18 September 2011

Penang Starwalk 2011

Tahun ni tahun ke 3 aku join Penang Starwalk. Bagi tahun-tahun sebelum ni, Starwalk diadakan kat PISA. Bagi tahun 2011 ni pulak, Starwalk diadakan di sekitar Georgetown bagi meraikan 200 tahun sambutan sejarah Pulau Pinang. Tahun ni peserta akan dibawa sekitar tempat-tempat bersejarah di Pulau Pinang. Macam biasa, aku just join yang non-competition punya route. Kena berjalan lebih kurang 6 km mengelilingi bandar Georgetown. Jom kita tengok sekitar kemeriahan acara Penang Starwalk 2011 ni. . .



Starting Point: Penang Times Square


Komtar


Peserta


Tahun ni dianggarkan lebih kurang 20,000 peserta yang join Penang Starwalk ni. Jumlah penyertaan yang terbesar pernah direkodkan. (seperti yang dinyatakan oleh penganjur)



E & O Hotel


Menara Jam: Padang Kota


Interchange: Non-competition & competition walkers


Heritage Checkpoint


Bagi peserta yang join competition category, diorang kena berjalan 10km dan route yang berlainan dengan non-competition. Bagi mengelakkan kekeliruan & penipuan, peserta dikehendaki mengecop buku di setiap checkpoint yang ditetapkan. Checkpoint ni terletak di kawasan-kawasan heritage sekitar Pulau Pinang. Antara checkpointnya ialah City Hall, Fort Cornwallis, St George's Church, Goddess of Mercy Temple, Sri Mahamariamman Temple & Masjid Kapitan Keling.




Markas Sun Yat Sen: Armenian Street


Jalan Magazine


Terima kasih kepada Polis Trafik yang mengawal lalulintas


Finishing point: Penang Times Square


Stage


Dan bab yang paling best bila join Starwalk ni ialah Lucky Draw. Peserta yang berjaya menghabiskan perjalanan dalam tempoh masa 2 jam layak untuk join cabutan bertuah ni. Dan macam biasa jugak, aku antara insan-insan yang tak bertuah untuk kali ni. Tahun depan insyallah boleh cuba lagi . . .









Perhatian: Pihak penganjur sedang mengadakan Pertandingan Fotografi untuk peserta Penang Starwalk 2011. Oleh yang demikian, gambar-gambar yang dipaparkan di dalam blog ini tidak boleh diedit, disalin, dicetak & dimanipulasi tanpa kebenaran pemilik gambar. Harap Maklum.  

15 September 2011

Keburukan renew roadtax melalui MyEG



Bagi sesiapa yang dah biasa guna perkhidmatan MyEG, mesti korang rasa benda ni pantas dan mudah. Aku pun tak nafikan yang perkhidmatan diorang memang bagus. Hari ni renew roadtax, esok dah boleh dapat. Hantar sampai ke pintu rumah. Kita buleh renew roadtax walau di dalam jamban sekalipun (kalau jamban ada akses internet la)

Yang tu bab kebaikan, tapi kali ni aku nak highlight bab keburukan perkhidmatan MyEG. Aku anggap MyEG ni hidup dalam dunianya sendiri. Kenapa aku cakap camni ? Sebab aku sendiri dah mengalaminya. Semuanya bermula bila kereta aku kena pecah. Disebabkan insurans coverage aku merangkumi perlindungan windscreen, so aku decide nak claim insurans. FYI, insurans claim bagi windscreen takkan ganggu kita punya NCD.

Kalau korang yang dah biasa guna service renew roadtax kat MyEG, korang perasan tak yang renew roadtax ni tak guna geran. Aku pun tak kisah pasal bnda ni, yang penting aku dapat roadtax aku. Tetapi, benda ni akan jadi masalah bila kereta korang terlibat dengan eksiden. Pihak insurans takleh claim disebabkan diorang nak maklumat renew roadtax di belakang geran. Bila renew roadtax guna MyEG, diorang takkan print tarikh renew roadtax yang terbaru kat geran kenderaan.

Lagi 1 problem bila korang decide nak print tarikh renew roadtax kat geran. Benda ni takleh buat kat JPJ ataupun kat Pejabat Pos. Korang kena buat kat ofis MyEG sendiri. Bagi mereka yang dok kat bandar besar & tau kat mana ofis MyEG, tak jadi masalah. Camne la pulak nasib diorang yang dok jauh di ceruk rantau nak mencari ofis MyEG ni. Sebab tu la aku cakap yang MyEG ni hidup dalam dunianya sendiri. Langsung tak berhubung agensi-agensi kerajaan yang lain. Kalau bank pun boleh buat connection dengan JPJ, takkan MyEG tak boleh ?

11 September 2011

My Video Clip

Godek punya godek, maka terjumpa la video clip ni dalam hard disk aku. Video clip ni aku buat pada tahun 2006. Masa tu tengah study kat UiTM Shah Alam. Tengah boring takde apa nak buat, maka aku dan housemate rumah sewa aku pun menghasilkan la video clip ni. So, korang enjoy la menonton yer...






Terdapat watermark oleh grouper.com kat video clip ni. Aku penah share video ni kat grouper.com tapi ditarik balik atas masalah hakcipta. Harap kat blogger.com takde masalah yang timbul. Kalau ada masalah jugak, post ni akan didelete. Harap maklum

05 September 2011

55 Perkara Yang Anda Patut Tahu Mengenai Asraff Jamaludin

1.       Anak sulung dari 4 beradik di mana semuanya adalah lelaki.

2.       Anak pesara tentera

3.       Pernah tinggal di Lumut, Kuantan, Kota Tinggi & Singapura

4.       Berzodiak Libra

5.       Memiliki nombor pendaftaran kenderaan bersempena tarikh lahir

6.       Kidal

7.       Merasakan dirinya sebagai seorang yang kreatif

8.       Pandai berenang seawal usia 6 tahun

9.       Punctual

10.    Fokus dalam sesuatu perkara

11.    Tidak merokok

12.   Sukakan kombinasi warna merah + putih

13.   Setia

14.   Mengamalkan konsep ‘menggatal biar seribu, berkasih biar satu’

15.   Masih berhubung dan mempunyai hubungan yang baik dengan bekas teman-teman wanita

16.   Berkebolehan merancang aktiviti atau majlis

17.    Pentingkan kebersihan

18.   Pengemas

19.   Suka berak

20.   Aktiviti wajib setiap pagi; berak

21.   Tandas cangkung atau duduk  ? Duduk

22.   Menggunakan air yang banyak ketika berak

23.   Tidak suka camping disebabkan perkara no 19-22

24.   Berpindah sebanyak 5 buah sekolah menengah

25.   Menjadi Ketua Tingkatan sejak tingkatan 1 hingga 5.

26.   Pernah memenangi pilihanraya kampus dan menjawat jawatan no 2 tertinggi.

27.   Tiada kebolehan memujuk

28.   Cuba untuk berfikiran positif dalam banyak perkara

29.   Apabila beliau dalam keadaan bad mood, perkara terbaik yang perlu anda lakukan adalah diam

30.   Perkataan yang sering diucap: Terima Kasih

31.   Merasakan diri sebagai transporter kepada saudara mara & rakan-rakan

32.   Rakan-rakan menganggap beliau sebagai pemandu slow tapi sebenarnya memandu berhati-hati

33.   Mula memandu semasa tingkatan 4

34.   Mengamalkan konsep ‘tak perlu pandu laju-laju kalau tak rushing’

35.   Berkebolehan memandu forklift 2 tan

36.   Ferrari atau Lamborghini ? Ferrari

37.   Jenama = Kualiti

38.   Sukakan filem animasi

39.   Sukakan bahan bacaan bergambar

40.   Pernah bekerja sebagai operator pengeluaran kilang, pekerja kedai dobi, menjaga koperasi sekolah, storekeeper, krew McDonalds dan Pembantu Penyelidik.

41.   Tak suka jaga tepi kain orang. Sebab tu beliau selalu outdated dalam banyak perkara.

42.   Memakai spek pada usia 27 tahun, 4 bulan dan 26 hari.

43.   Tidak suka orang yang memungkiri janji.

44.   Lebih prefer jawapan ‘bincang pada 3 Syawal’ daripada ‘bincang lepas raya’

45.   Masih mengekalkan nombor handphone yang sama sejak 11 tahun lepas.

46.   Merasa annoying kepada ringing tone yang kuat

47.   Menggunakan ringing tone Tinker dan Beep Twice untuk Message Alert Tone

48.   Prefer sms berbanding call

49.   Akan bangun awal setiap pagi walaupun hari cuti

50.   Senang terjaga dari tidur walaupun dengan bunyi sms atau bunyi hujan

51.   Obses dengan tempat makan yang popular

52.   Makan laju

53.   Suka makan ayam atau makanan yang berkaitan dengan ayam

54.   Tak makan kuning telur, makanan laut bercengkerang seperti siput, kerang, kepah, lala, lokan dan lain-lain binatang bercengkerang

55.   Live to eat, not eat to live


01 September 2011

Hari Raya Aidilfitri 2011


1 Syawal tahun ni disambut pada 30 Ogos 2011. So untuk entry kali ni aku nak ceritakan pasal sambutan raya aku dan family kat kampung. Disebabkan aku tak berapa pandai nak menulis, seperti biasa aku akan menulis dengan describe gambar yang diambil sepanjang beraya.



Model Raya

Ni la aktiviti aku pada malam raya. Dok buat photoshoot jadi model untuk bagi ucapan raya kat kawan-kawan dalam Facebook. Payah gak nak setup efek asap kat belakang tu. Abis surat khabar & sabut basah digunakan bagi menjayakan kesan khas tersebut.


Mercun

Hari raya tak sah kalau takde mercun. Kat kampung aku ni mercun senang nak dapat. Diorang siap boleh buat delivery lagi hantar kat rumah. Cuma sediakan duit jer. Yg ni jer gambar mercun yang dapat aku snap.


Keluarga Encik Jamaludin
Ni lagi satu aktiviti wajib setiap kali raya: Family Potrait. Tahun lepas tema kaler baju raya ialah kelabu. Warna hijau pulak dipilih sebagai tema untuk tahun ni. Tapi ade jugak yang pilih kaler ungu. Maybe diorang ni tak suka kaler ijau kot.

Disclaimer: Pemilihan kaler baju raya ni takde kena-mengena dengan sebarang parti politik ataupun pilihanraya yang bakal menjelang.


Keluarga Allahyarham Hj Husin

Tahun ni jugak pastinya aku merasakan raya yang tak semeriah dulu. Pemergian arwah atuk aku memang dirasai. Mereka-mereka yang bergambar ni terdiri dari nenek, ibu saudara & sepupu. Tu pun ramai lagi yang tak masuk dalam gambar.


Menziarah pusara

Bagi memperingati yang telah tiada, aku menziarahi pusara arwah atuk. Hanya Al-Fatihah yang mampu disedekahkan. Al-Fatihah...


Ziarah rumah ke rumah

Dah memang jadi tradisi orang kampung lepas semayang raya diorang akan menziarah dari rumah ke rumah. Gambar ni diambil kat rumah arwah atuk. Menu yang disediakan ialah mee rebus. Letih gak la melayan tetamu. Tapi apa yang penting, aktiviti ni dapat mengeratkan hubungan di antara penduduk kampung.


Duit raya

Setiap kali raya, yang seronok mesti la budak-budak sebab dapat duit raya. Bagi mereka yang dah bekerja, termasuk la aku, aktiviti bagi duit raya ni wajib dilakukan. Bukannya selalu nak bersedekah kat budak-budak. Setahun sekali jer.

Oklah, tu jer coretan raya aku untuk kali ni. Kalau rajin aku tulis lagi. Banyak lagi gambar raya, tapi tak sempat nak post semua.

Sekian