15 September 2011

Keburukan renew roadtax melalui MyEG



Bagi sesiapa yang dah biasa guna perkhidmatan MyEG, mesti korang rasa benda ni pantas dan mudah. Aku pun tak nafikan yang perkhidmatan diorang memang bagus. Hari ni renew roadtax, esok dah boleh dapat. Hantar sampai ke pintu rumah. Kita buleh renew roadtax walau di dalam jamban sekalipun (kalau jamban ada akses internet la)

Yang tu bab kebaikan, tapi kali ni aku nak highlight bab keburukan perkhidmatan MyEG. Aku anggap MyEG ni hidup dalam dunianya sendiri. Kenapa aku cakap camni ? Sebab aku sendiri dah mengalaminya. Semuanya bermula bila kereta aku kena pecah. Disebabkan insurans coverage aku merangkumi perlindungan windscreen, so aku decide nak claim insurans. FYI, insurans claim bagi windscreen takkan ganggu kita punya NCD.

Kalau korang yang dah biasa guna service renew roadtax kat MyEG, korang perasan tak yang renew roadtax ni tak guna geran. Aku pun tak kisah pasal bnda ni, yang penting aku dapat roadtax aku. Tetapi, benda ni akan jadi masalah bila kereta korang terlibat dengan eksiden. Pihak insurans takleh claim disebabkan diorang nak maklumat renew roadtax di belakang geran. Bila renew roadtax guna MyEG, diorang takkan print tarikh renew roadtax yang terbaru kat geran kenderaan.

Lagi 1 problem bila korang decide nak print tarikh renew roadtax kat geran. Benda ni takleh buat kat JPJ ataupun kat Pejabat Pos. Korang kena buat kat ofis MyEG sendiri. Bagi mereka yang dok kat bandar besar & tau kat mana ofis MyEG, tak jadi masalah. Camne la pulak nasib diorang yang dok jauh di ceruk rantau nak mencari ofis MyEG ni. Sebab tu la aku cakap yang MyEG ni hidup dalam dunianya sendiri. Langsung tak berhubung agensi-agensi kerajaan yang lain. Kalau bank pun boleh buat connection dengan JPJ, takkan MyEG tak boleh ?

3 comments:

  1. Kita takkan sedar selagi kenderaan tak eksiden...

    ReplyDelete
  2. My eg buat aku banyak kerja..Lain kali fikir dulu klau nk buat sistem bangang mcm nie..jngn susah kan orang ramai...

    ReplyDelete