Entry kali ni aku nak bercerita pasal Food Tour. Minggu ni aku berpeluang menjelajah ke arah central region dan tak melepaskan peluang meneroka ke segenap pelusuk kawasan untuk memenuhi selera aku yang suka mencuba benda baru.
Disebabkan aku dok kat Penang yang terkenal sebagai 'Food Paradise', so aku meletakkan marking scheme dan KPI yang tinggi bagi makanan yang aku cuba sepanjang Food Tour aku ni. Untuk penjelajahan kali ni, aku ditemani oleh Encik Sesame yang bertindak sebagai pembantu pengkritik makanan. Biasanya orang lain kalau nak rate kesedapan makanan akan menilai melalui bintang, tapi kali ni aku nak buat style comparison. Aku nak comparekan makanan yang aku makan sepanjang Food Tour ni dengan makanan yang ada kat Penang. Aku taknak komen pasal harga makanan dan suasana kat restoran, just nak cerita pasal kesedapan makanan mengikut selera aku dan Encik Sesame.
|
Nasi Vanggey |
Persinggahan pertama aku untuk Food Tour ni ialah kedai Nasi Vanggey kat Ipoh. Aku makan nasi + ayam goreng + telur bawang + kuah campur. Rasa tak la hebat sangat, kuah kari tak terasa umpphhh. Nisbah campuran kari tak sehebat kari mamak Penang.
|
Nasi Vanggey |
Encik Sesame pulak makan nasi + ayam goreng kampung + kuah campur. FYI, kalau makan kat Nasi Vanggey ni, diorang akan letak macam sambal kelapa kat hujung pinggan. Bagi aku tak sedap pun sambal kelapa tu, hanya sebagai penambah perisa jer. Encik Sesame cakap ayam goreng terasa terlampau berempah sangat. So, sebagai rumusan, aku dan Encik Sasame bersetuju yang Nasi Kandar Merlin lagi sedap dari Nasi Vanggey.
|
Nasi Ayam Taugeh |
Persinggahan seterusnya semasa berada di Ipoh ialah kedai Nasi Ayam Taugeh kat Manjoi. Kedai ni dicadangkan oleh sahabat Encik Sesame. Sedap katanya... Tapi selera orang lain-lain. Dan bagi selera aku, Nasi Ayam Taugeh ni takde la sedap mana pun, cuma sambalnya jer yang boleh tahan. Nak dicomparekan dengan Penang, rasanya Nasi Ayam Taugeh kat Astaka Tg Bunga lagi sedap. Kalau tak caya boleh cuba rasa.
|
Ais ADO |
Ais ADO ni dicadangkan oleh Encik Sesame. Kedai ais ADO ni kat pekan Slim River. Isi kandungan ais ADO ni ialah buah laici, kismis, jagung dan susu cair. Minuman ni first time aku jumpa. Kalau nak buat comparison yang paling dekat sekalipun, just ABC Jalil kat Padang Kota. Untuk ais ADO ni, aku rasa ABC Jalil lagi sedap.
|
Beef Nahiiri |
Persinggahan seterusnya untuk Food Tour ni ialah kedai makan William kat Kelana Jaya. Aku makan Beef Nahiiri. Isi kandungan Beef Nahiiri ni ialah nasi macam nasi beriani + acar + salad + rusuk lembu kuah special. Rasa makanan memang mabelesss. Comparison dengan makanan Penang: Takde. So, kemenangan jatuh kepada Beef Nahiiri ni.
|
Nasi Goreng Smoked Duck |
Kat kedai William ni, Encik Sesame memilih untuk makan Nasi Goreng Smoked Duck + Ayam Panggang Pandan. Encik Sesame ni memang pakar bab makan itik ni. Segala jenis itik dia dah cuba, dari itik gantung, itik nila, itik angsa sampai ke kari itik. Encik Sesame dengan itik ni bagai tak boleh dipisahkan. Menu ni juga dihidangkan bersama ayam panggang pandan. Komen Encik Sesame, Mabelesss...
|
Soda Herbs |
Kat kedai Williams ni jugak kitorang order air Soda Herbs. Air ni memang signature dish kat sini. Nampak gelas macam kecik tapi sebenarnya macam minum dalam jug. Sekali nampak isi kandungan soda herbs ni macam sampah sarap dalam gelas, tapi bila dah rasa, memang lain dari yang lain. Kat dalam ni, diorang letak serai, daun parsley, daun pudina, buah logan, hirisan lemon, asam boi dan air soda. Rasanya memang mengancam dan tak dapat dicomparekan dengan minuman kat Penang.
|
Nasi ayam BBQ |
Kedai seterusnya ialah Easy Cafe kat Tanjung Malim. Kedai ni takde la popular mana pun, tapi disebabkan kitorang dah singgah kat sini, so kena la buat sikit review pasal makanan diorang. Encik Sesame telah mengorder Nasi Ayam BBQ & Jus Dragon Fruit. Komen Encik Sesame, nasi ayam sedap dan menepati citarasa beliau. Nak comparekan dengan nasi ayam Padang Kota, nasi ayam ni lagi sedap, katanya...
|
Bihun Seafood Tomyam |
Aku pulak makan Bihun Seafood Tomyam kat Easy Cafe. Ni first time yang pertama (ada ker first time kedua ?) aku makan tomyam yang berlemak. Maksud berlemak ialah diorang campur santan kat dalam tomyam tu. Dengan adanya santan, sikit sebanyak dah potong rasa rempah tomyam tu sendiri. Isi kandungan dalam tomyam tu termasuklah udang, sotong dan ikan. Entah kenapa, aku tak rasa kemanisan udang dalam tomyam tersebut. Secara kesimpulannya, tomyam kat sini tak dapat mengalahkan tomyam di Pak Husin Tomyam, Sungai Ara.
|
Mee Goreng |
Next kedai makan yang aku nak review kesedapan makanannya ialah Dusun Bay, Tanjung Malim. Kitorang singgah kedai ni sebab kedai nampak happening, ada karaoke. Tapi bukan suasana kedai yang aku nak review tapi tentang makanan kat situ. Aku tanya mamat yang amik order, 'apa yg spesial kat sini ?' Dia jawab, 'entah'. Malas nak tanya banyak, so aku pun order la Mee Goreng. Rasa mee goreng kat sini sebijik macam mee goreng (dah nama pun mee goreng). Mee tak dicelur dengan sempurna, so rasa tak berapa menepati kehendak tekak aku ni. So, mee goreng ni tak boleh lawan dengan Mee Pata, Padang Kota.
|
Steak Burger |
Encik Sesame yang terkenal dengan selera westernnya tak melepaskan peluang untuk mencuba western food di situ. Kat Tanjung Malim takde McD, so untuk melepaskan kerinduan beliau terhadap burger McD, maka diordernya Steak Burger. Steak Burger ni bersaiz mini kalau nak dibandingkan dengan burger tepi jalan kat Penang yang menggunakan roti saiz besar. Steak Burger ni didatangkan dengan French Fries. Tahap kesedapan menurut kata Encik Sesame: Ok la... Tapi still tak dapat menandingi Western Food kat Nan's Cafe, Tanjung Bunga.
|
Pau Yik Mun |
Dan akhir sekali, aku nak review mengenai signature food yang selalu dikaitkan dengan Tanjung Malim; Pau. Kalau tak datang Tanjung Malim tak sah kalau tak singgah kedai Pau Yik Mun. Walaupun nama kedai ni nama Cina, tapi semua pau-pau yang dihasilkan ditanggung Halal. Siap ada cop Halal Jakim lagi. So, tak perlu rasa ragu-ragu untuk makan pau kat kedai Yik Mun. Rasa pau ni memang sedap. Inti banyak dan tepung pau yang lembut. Dengan sekali ungkap, aku hanya mampu katakan yang ianya Mabeless... Tiada pau yang dapat menandingi Pau Yik Mun.
Ok, sampai sini saja food review sepanjang Food Tour aku sepanjang minggu ni. Kalau korang rasa nak mencuba makanan ni, dipersilakan...
Selamat mencuba & selamat menjamu selera...