11 October 2011

Apasal Skema Sangat ?

Dah lebih kurang 2 bulan aku menulis dalam blog. Banyak feedback yang aku dapat dari pembaca. Tapi apa yang menarik perhatian aku bila ada yang komen "apasal ayat dalam blog ko skema sangat ?". Maybe pembaca blog ni suka gaya penulisan yang lebih santai, tapi aku ni takde kemahiran sangat nak menulis gaya santai. Ayat aku kebanyakannya formal dan macam menulis laporan untuk dibawa ke Jemaah Menteri la pulak. Kalau nak dijawab dengan bahasa kasar, boleh jer aku bagitau, "ni blog aku, suka hati aku la nak tulis macamana pun". Ok, aku just nak bagi sikit explanation & latar belakang diri aku yang membuatkan aku rasa penulisan aku ni berayat skema.


Gambar Hiasan

Aku dilahirkan dalam keluarga tentera. Abah aku adalah pesara tentera laut. Dari lahir sampai la umur aku 20 tahun, aku dibesarkan dalam suasana tentera. Punctual, good planning & serius dah sebati dalam hidup aku.  



Gambar Hiasan


Then bila time belajar pulak, aku amik course yang serius jugak. Aku adalah graduan Diploma Pentadbiran Awam dari UiTM. Kursus yang memerlukan pembacaan dan gaya penulisan yang serius.



Gambar Hiasan

Then, aku sambung pulak amik Bachelors Degree dalam jurusan yang sama. Sekali lagi aku terlibat dalam perkara yang serius. Belajar menulis dan mengarang ayat dalam bahasa yang lebih formal.



Gambar Hiasan


Bila dah abis belajar, aku start keje. Aku mula start keje dengan jadi Kerani di Unit Latihan, then jadi Research Assistant & sekarang aku bekerja tetap yang melibatkan bidang perundangan. Semuanya benda yang serius. Bila cakap bab serius ni, tak semestinya aku tak boleh melawak atau orang tak boleh melawak dengan aku. Cuma kena pada tempat & masa yang sesuai jer la.

Oklah, tu jer yang aku nak coretkan pasal hidup aku dan menjawab persoalan kenapa aku menulis gaya skema. So, lepas-lepas ni aku pun nak cuba try test untuk menulis dengan gaya yang lebih santai, baru la orang tak bosan membaca blog aku ni. Sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang bagi komen membina dalam gaya penulisan aku ni.

2 comments: