04 October 2011

I'm 29 . . .

Hari ni 4 Oktober 2011, umur aku cukup 29 tahun. Dah tua rupanya aku ni. Banyak ucapan yang diterima dari kawan-kawan. Tak kira samada ucapan secara lisan, sms, call & facebook, semuanya mendoakan kebahagiaan aku. Thanks for all the wishes... (Malam ni nak menulis serius)

Bila ditanya apa pengharapan aku sempena umur 29 ni, dah semestinya aku nak bgtau yang aku nak mengakhiri zaman bujang sebelum umur 30. Insyallah, kalau diizinkan Allah aku akan mengakhiri zaman bujang sebelum umur 30. Tentang calon... Insyallah aku dah jumpa calon yang sesuai. Dah empat tahun menjalin hubungan, so dah rasa cukup matang untuk melayari hidup berumahtangga. (Mungkin ada peminat aku yang kecewa dengan pengakuan aku ni) 

Apa yang aku dapat sempena birthday ke 29 ni ? Pertama sekali aku dapat surprise party dari kawan-kawan ofis 2 hari lebih awal. Aku dapat tiup kek walaupun dalam hujan dan diselangi beberapa insiden di luar jangkaan.


Kek Besday

Apa hadiah lain yang aku dapat ? Semestinya dari insan tersayang...


Hadiah dari gepren



Apa-apa pun, hadiah yang paling besar & paling dihargai ialah ucapan selamat ulangtahun dari kawan-kawan, saudara-mara & mereka yang aku kenali. Thanks once again to all of u... I love u all...

2 comments:

  1. Happy birthday pacik !!

    Semoga jodoh kekal keakhir hayat !! Mission hidup tercapai,diberkati dan diredhai !

    ReplyDelete