24 January 2012

Jom Ronda-Ronda Cari Makan D' Utara



Tajuk entry kali ni ialah Jom Ronda-Ronda Cari Makan D' Utara (JRRCMD'Utara). JRRCMD'Utara ni sebenarnya nama group di Facebook. Group ni diilhamkan penubuhannya oleh Encik Zulkifli Ahmad atau lebih dikenali sebagai DJ Zul. Group ni ditubuhkan pada November 2011 dan sehingga ke tarikh hari ni dah ada seramai lebih kurang 2600 ahli.

Untuk makluman semua, peranan dan objektif group Jom Ronda-Ronda Cari Makan D'Utara ini diwujudkan ialah untuk memberi pengetahuan dan info kepada ahli-ahli dalam group ini, mahupun yang bukan ahli dalam group ini tentang tempat-tempat makanan halal beserta lokasinya yg bermula dari Perak Utara, Penang , Kedah dan juga Perlis. Ini dapat memudahkah ahli mahupun yg bukan ahli dlm mencari dan merasai keenakan dan kelazatan makanan yang memang sinonim dibahagian Utara tanahair ini. Visi dia ialah mempopularkan lagi makanan-makanan utara yang memang sudah popular sebelum ini. (ayat ini dicopypaste dari Group Info Page)

Bagi mereka yang memang suka makan & rasa tempat makan tu sesuai nak direkemen kat kawan-kawan lain, bolehla post info berkaitan tempat makan tu kat group ni. Lagi afdhal kalau letak gambar, bagi orang lain terliur sikit. Group ni jugak sesuai untuk orang-orang yang di luar kawasan utara untuk dapatkan lebih info pasal makanan di utara tanahair ni. Kadang-kadang orang KL nak datang bercuti kat Penang & nak tau pasal tempat makan kat Penang yang best, boleh rujuk & tanya kat ahli-ahli kat group ni. Diorang sedia membantu.

Pada 22 Januari lepas, group ni dah buat 1st gathering diorang. Seramai lebih kurang 40 orang telah hadir untuk memeriahkan majlis. Event gathering ni dibuat di Restoran Qasar Hadramawt, Bandar Perda Pulau Pinang. Antara aktiviti yang dijalankan selain makan termasuklah cabutan bertuah, sukaneka & karaoke. Jom kita saksikan sekitar kemeriahan majlis gathering group JRRCMD'Utara ni.

Doorgift utk tetamu yg hadir


Tempat makan


Penyambut tetamu


Apertizer: Apam Polka Dot


Menu utama


Hadiah kepada pemenang cabutan bertuah


Orang kuat group JRRCMD'Utara: En DJ Zul & En Saifullizan


Acara passing bola


Sesi beramah-mesra

Group photo JRRCMD'Utara


Lepas ni banyak lagi aktiviti yang akan dijalankan oleh group ni. Bukan saja aktiviti makan-makan tapi jugak aktiviti sosial macam melawat ke rumah anak-anak yatim. Semoga group ini akan lebih sukses di masa akan datang. Kepada yang berminat nak join group ni, boleh search nama Jom Ronda-Ronda Cari Makan D'Utara di Facebook.

Sekian.


1 comment: