03 July 2012

Instagram




Entry permulaan untuk bulan Julai 2012 ni aku mulakan dengan Instagram. Apa tu Instagram ? Instagram ni ialah application photo sharing bagi pengguna iPhone dan Android Market. Pada awal penubuhan Instagram, application ni mmg femes dan jadi kebanggaan di kalangan pengguna iOS iaitu pengguna iPhone & iPad.

Instagram ni dibuka untuk pengguna Android pada April 2012. So, pengguna Instagram ni jadi lebih meluas lagi la. Apa yang best pasal Instagram ni ialah, application ni boleh edit gambar dengan cara yang mudah. Editing Instagram ni dari segi efek gambar ala-ala retro gitu. Ada efek Amaro, Rise, Hudson, X-Pro II, Sierra, Lo-fi dan macam-macam lagi la. Gambar-gambar yang korang post kat Instagram ni jugak korang boleh share dengan Facebook, Twitter, Flickr, Tumblr & Foursquare.

Instagram ni jugak korang boleh hashtag #. Hashtag ni macam group untuk sesuatu gambar. Contoh kalau korang post gambar pemandangan, korang hashtag la #landscape dan perkataan lain yang sewaktu dengannya. Ada banyak lagi la hashtag yang best-best macam #instagood #instamood #hipsmatic #instagramhub #igmalaysia dan banyak lagi.

Jom kita tengok antara koleksi-koleksi gambar Instagram aku. Ni pun tak post semua gambar. Yang rasa menarik jer aku post. Semua gambar ni aku snap guna iPad.









































Baru-baru ni jugak, aku cuba melangkah setapak lagi dalam bidang Instagram ni dengan cuba membuka galeri sendiri. Dengan ada galeri ni, gambar-gambar yang aku post dalam Instagram boleh dijual dalam bentuk photocanvas. Buat masa ni galeri belum dibuka dan memerlukan request dari orang ramai. Kalau korang nak undi aku untuk bukak galeri ni boleh klik kat URL ni.


P/S: Korang jugak boleh follow aku kat Instagram. Just cari nama asrafjay



* Berita terkini: Galeri Instacanvas aku dah dibuka untuk pameran dan jualan mulai 09.07.2012. Jemput la melawat yer...


2 comments:

  1. :)tq..barula fhm apa itu instagram..mmg gerammm tgk ur pic..huhuhu..eh,apsal asrafjay pulak?bkn asrafjam??hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rozhan, Asrafjay tu sebenarnya singkatan utk Asraf J. Kat sekolah ada 2-3 org guna nama asraf,so cikgu panggil la Asraf J, Asraf M, Asraf W :-)

      Delete